'Selepas ini confirm pandai bagi signal' - Netizen kongsi tips guna signal, elak dikecam jadi babi

Loading...

Semakin hari, semakin ramai yang 'terlupa' macam mana mahu menggunakan signal di kenderaan masing-masing sehingga ada yang menyebabkan berlakunya kemalangan tidak diingini.

Sedangkan di akademi memandu telahpun diajar untuk menggunakan signal agar pengguna jalan raya lain tahu dan bersedia untuk memperlahankan kenderaan dan memberi ruang yang secukupnya. Malangnya, keluar saja dari akademi, terus memandu seperti pelesit yang tidak takut pada kematian. 

Bagi menyedarkan para pengguna jalan raya, gadis ini tampil berkongsi tips menggunakan signal pada masa yang bersesuaian. 

AKU ajar macam mana nak bagi signal masa drive. Benda ini aku rasa ramai yang tak tahu lagi. 

Signal itu apa? Bagi yang pertama kali mendengar perkataan 'signal', ini aku nak beritahu bahawa signal ini adalah satu lampu yang digunapakai untuk beritahu pengguna jalan raya lain bahawa kita nak ke kiri atau kanan. Faham? Kalau nak ke depan, kau tak payahlah nak bagi signal. 


Ini pula adalah lampu signal di kereta yang akan menyala apabila korang bagi signal. 

Ini pula adalah lever, terletak berdekatan dengan stereng kereta korang. Dependslah korang guna kereta apa. Kalau Perodua, kanan. Kalau Proton, kiri. Jumpa tak? Carilah sampai besok pagi. 


Okey, andai kata lever korang di sebelah kanan stereng, maka tolaklah lever itu ke bawah sekiranya nak ke kanan. Kalau nak ke kiri pula, tolaklah lever itu ke atas. 



Dan andaikata lever korang di sebelah kiri stereng, maka tolaklah lever itu ke atas sekiranya nak ke kanan dan kalau nak ke kiri pula, tolaklah lever itu ke bawah. 

Kalau confuse, baca balik ayat ini sebanyak 15 kali sambil angguk kepala. 

Dan sekiranya korang nampak benda ini berkelip-kelip dan ada bunyi 'Tit! Tit! Tit!" berpanjangan, janganlah korang risau. Sebaiknya ucaplah tahniah pada diri sendiri sebab korang dah berjaya bagi signal. 


Dan selepas lampu tersebut menyala, bolehlah korang ke kanan atau ke kiri dengan begitu berhemah sekali. Tak adalah korang asyik menjadi punca orang lain mencarut di atas jalan raya. 

Sekarang masing-masing sudah faham kan? Jadi, bolehlah semua praktikkan benda ini ketika memandu. Kalau masih tak faham, korang rebus phone korang dan air rebusan itu boleh korang minum. InsyaAllah selepas itu confirm pandai bagi signal. 

Kalau ye pun rushing nak berak, beringatlah untuk sentiasa bagi signal. Jangan disebabkan tak tahan nak terberak, kereta turut tergadai. 

Akhir kata dari aku, gunakanlah akal fikiran yang diberikan oleh Allah SWT. Jangan pula korang letak dekat mmmm muka. Sekian terima kasih. 

Note: Selepas ini bolehlah tukar status daripada babi kepada manusia

Sumber: Belle Yahaya