'This is too much. Terlalu bodoh, over dan meloyakan' - Wardina selar Aliff Syukri muat naik video 'Bobo Di Mana' cemari Aidiladha

Loading...

Personaliti televisyen, Wardina Safiyyah, semalam menyelar tindakan pengasas D'Herbs yang memuat naik dan mempromosi video teaser lagu terbarunya, 'Bobo Di Mana', yang dianggap tidak menghormati sambutan Aidiladha, pada Rabu ini. 

Bukan hanya Wardina, malah ramai pihak termasuk netizen mengecam Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman di akaun Instagramnya itu, serta menuntut usahawan kosmetik berkenaan membuang video tersebut. 

"Di hari-hari paling mulia bagi umat Islam, tersebarnya video begini. Maaf Dato saya sayangkan Dato dan Datin sekeluarga kerana Allah. 

"This is too much. Terlalu bodoh, terlalu over dan amat meloyakan. Maafkan saya. Saya tahu Dato kaya. Saya rela tak kaya dari kaya tapi terpaksa buat benda begini. Nauzubillah. Moga Dato dapat refleksi diri dan cari cara memandaikan masyarakat kita bukan sebaliknya


"Wallahualam. Mohon Dato padam video IG of that lady bouncing up and down showing her boobs. Disgusting. Saya kalau boleh memang tak nak komen, tapi video ni macam keterlaluan pulak rasanya. 

"Ni pun sepuluh kali pikir nak post ke tak. Should I even comment? Uwaaaaaaa. Ok I just found out they are not women! I mean I have seen dumb things before but I think he just crossed the line there.

"Dato tak perlu buat begini Dato. Jangan nyanyi pulak nanti ye. I could still accept Dato Vida, but this is another level," tulis Wardina di Facebooknya semalam. 
Dua hari yang lalu, Aliff memuat naik video itu di Instagramnya yang diusahakan bersama penyanyi dangdut kontroversi Indonesia, Lucinta Luna dan juga Nur Sajat Kamaruzzaman, yang menyanyi sambil menari mengikut rentak lagu dan Lucinta dipercayai sengaja mengoyangkan payudaranya bagi mendapat perhatian netizen. 

Difahamkan, Lucinta didakwa telah menukar alat kelaminnya dan disebabkan kontroversi itu, dia tidak dibenarkan muncul dalam mana-mana stesen televisyen di Indonesia kerana didakwa sebagai transgender. 


Terdahulu, isteri jutawan kosmetik itu, Datin Nur Shahida Mohd Rashid, meluahkan rasa kesal dan berangnya terhadap netizen yang bertindak menyerangnya dipercayai kerana video yang dimuat naik oleh Aliff itu. 

Menurut Shahida, dia menerima banyak mesej dan komen negatif di Instagramnya, malah ada yang keterlaluan sehingga melibatkan anaknya.

"Hei netizen-netizen yang tak ada akhlak dan adab. Yang korang DM-DM, komen-komen negatif dekat page saya ni kenapa? Sila komen di page yang betul.

"Lepas itu nak libatkan anak aku. Aku memang dah malas nak berbudi bahasa dekat sini sebab korang pun tulis ayat yang kurang ajar, benda yang tak ada kaitan dengan aku. 

"Minta tolong jangan orang lain punya pasal, orang lain yag kena. Lepas tu nak doakan anak aku jadi macam si polan dan si polan. Agama mana kau belajar doakan anak orang macam tu?" tulis Shahida. 


Kecewa isterinya diserang netizen, Aliff juga meminta netizen tidak bertindak keterlaluan dan menghormati isterinya. 

"Kepada netizen di luar, please faham dan hormati wife atau sesiapa dalam hidup saya sebab dia tak ada kena mengena dengan kerja saya sebagai artis rakaman di Indonesia saya hanya talent dalam satu set pengambaran yang ada berpuluh-puluh orang. 


"Habis tu kalau jadi pelakon itu macam mana pula? Jadi jangan maki hamun dia yang ada menegur saya juga. Dia tidak bersalah. 

"Gara-gara korang, kami yang bergaduh. Terus saya bad mood," tulis Aliff.