[Video] 'Bila kau nak serik Fathia?' - Netizen kesal pelakon cemarkan imej wanita bertudung

Loading...

Walaupun telah dihimpit dengan pelbagai kontroversi sebelum ini, kisah ceritanya tidak hanya bernoktah di situ. Fathia Latiff sekali lagi dikecam netizen kerana merokok semasa sesi live di Instagram milik Zarina Anjouli.

Rata-rata netizen terkejut dengan tindakan Fathia itu dan menyifatkan Fathia seperti tidak menjaga kehormatan sebagai wanita yang berhijab. Tetapi ada juga yang mengatakan aksi Fathia itu tidak mengejutkan mereka kerana mereka mendakwa Fathia sememangnya seorang perokok.


Berdasarkan status Twitter Fathia pada Januari lalu, dia telah berazam untuk berhenti dari menghisap rokok. Statusnya yang berbunyi ‘Azam tahun baru. Nak berhenti hisap rokok’ disokong oleh para peminatnya yang turut mendoakan agar azam Fathia tercapai.

Sebelum ini Fathia pernah mencetuskan kontroversi dengan penampilan seksi di Bigo Live. Selain itu juga, dia pernah dikecam kerana solat di dalam kereta dan telah mendapat perhatian Mufti Kelantan dan juga Imam Muda Asyraff.

Dia juga begitu lantang bersuara mengenai politik sehingga disindir oleh  Dira Abu Zahar yang juga merupkan Exco Puteri UMNO.

Sementara itu akaun Instagram milik Fathia Latiff terus diserang netizen dan mempersoalkan mengapa selebriti berkenaan menghisap rokok.








Sumber: OhBulan, makcik_puaka