(Video) 'Bila periksa balik, terkejut bila nampak sebahagian badan bayi sudah terbakar'

Loading...

Mayat seorang bayi lelaki  ditemui hangus terbakar di lokasi pembuangan sampah sekitar Perumahan Pemda II, Kelurahan Buliang, Kecamatan Batuaji, Batam, Kepulauan Riau (Kepri), Indonesia, lapor Kompas.

Saksi kejadian, Putra, merupakan orang yang pertama melihat dan menemui mayat bayi yang telah hangus terbakar.  


Pada hari kejadian, Putra mengatakan  ketika dia sedang membuang sampah, dia terhidu benda busuk di sekitar kawasan tersebut lalu dia terus membakar sampah-sarap tanpa menyedari ada seorang bayi yang dibuang di situ. 


Tetapi, saat dia sedang mengumpulkan sampah, dia terjumpa sesuatu yang mencurigakan. Dia pada awalnya tidak percaya cebisan daging yang sudah terbakar itu merupakan seorang bayi dan dia beberapa kali mendekati longgokan sampah yang masih mengeluarkan asap itu.

"Apabila saya periksa balik, saya terkejut dan mendapati sebahagian badan bayi tersebut sudah terbakar dan saya dengan cepat memadamkan api," jelasnya.



Sementara itu, difahamkan, ibu kandung kepada mayat bayi terbabit melahirkan bayi tersebut seorang diri di kawasan perumahan terbabit. Wanita berkenaan dikatakan melahirkan bayinya di Batam dan tidak pulang ke kampung halamannya kerana dia malu dengan keluarganya. 

Bapa kepada bayi tersebut pula dikatakan enggan bertanggungjawab dan membiarkan wanita itu bersendirian menguruskan kandungannya.

Difahamkan, wanita yang dikenali sebagai EN, baru sahaja seminggu menetap di kawasan itu. 


Pihak berkuasa Indonesia mengesahkan, EN merupakan Tenaga Kerja Indonesia (TKI) di Malaysia. 

“EN merupakan TKI dan baru saja balik ke Indonesia melalui jalur Batam. EN juga mengakui dirinya hamil sejak menjadi TKI di Malaysia dan ketika sudah sarat mengandung, dia telah kembali ke Indonesia," jelasnya.