(Video) 'Tingginya, bunyi pun seram' - Penampakan langsuir di dewan sekolah

Loading...

Viral di media sosial video rakaman kelibat hantu di hadapan pintu masuk sebuah dewan sekolah menengah di Langkawi, Kedah. 

Baru saja dimuat naik 10 jam yang lalu, video itu sudah ditonton hampir 50,000 kali dan dikongsi lebih 1,000 pengguna Facebook. 

Menurut Mardya Mohd, video itu dirakam oleh abangnya sendiri, Tok Leman Rentap, yang mempunyai hobi untuk melihat makhluk-makhluk halus seperti itu.

"Okay, okay, jangan PM saya tanya macam-macam. Serba salah nak jawab. Yang rakam video ini adalah abang saya, Tok Leman Rentap. Bukan saya. Silalah PM dia, 1,000 soalan pun tak ada masalah punya. 


"Aku pun hairan dia ni, memang dari dulu suka tengok hantu. Sampailah satu hari dia ajak aku join tengok langsuir di depan rumah. Selamatlah adik dia ni sporting, layankan saja tengok sekali. 

"Rambut panjang dari atas pokok sampai ke tanah. First time tengok weh! Teruja jugalah bila tengok di depan mata sendiri. 

"Ini kisah benar dan perangai dia memang macam tu. Tak nak percaya, sudah. Mungkin rezeki dia ternampak atau terjumpa makhluk itu malam semalam. 


"Yang tanya apa fungsi phone yang lagi satu itu, saya dah tolong tanya dia. Haa, jadi orang tengah pula. Upah tak ada ke? 

"Okay dah. Mungkin hantu itu teriak sebab stress nak trial kan. Husnudzon. Hahaha! 

"Tak semua orang ada rezeki nak tengok benda-benda begini. Jadi, moh la tengok, bukan selalu ye dok. Believe it or not? Believe it. 

"Abang saya tak mention tempat kejadian di mana-mana post dia (mungkin untuk menjaga) tetapi orang lebih tahu di mana tempat kejadian walaupun tak disebut oleh abang saya. Saya sebut sebab memang dah tersebar. Saya pun bekas pelajar SMKM," tulisnya.