'Atuk tarik tangan budak tu dari timbunan kain, satu badan dia lebam, darah kena hisap jin' - Cucu hilang 3 hari, rupanya disorok jin dalam timbunan kain

Loading...

Kerjaya dan kekangan masa antara faktor setiap wanita tidak dapat melaksanakan tugasan rumah dengan sebaik mungkin apatah lagi jika mempunyai bilangan anak yang ramai. Kerja-kerja di dapur, di dalam rumah mengambil masa untuk disiapkan dan kerja yang paling mencabar bagi setiap wanita adalah melipat kain! Ini lah dilema yang dilalui oleh setiap wanita.

Nampak seperti biasa dan boleh diuruskan jika punyai masa terluang, tetapi jika dibiarkan lama-lama berkemungkinan jin menumpang di sebalik timbunan kain-kain itu.

Percaya atau tidak, satu perkongsian oleh seorang lelaki ini mengejutkan netizen. Satu hari datuknya dipanggil untuk mengesan kehilangan seorang kanak-kanak. Apa yang mengejutkan kanak-kanak tersebut tersembunyi di sebalik timbunan kain dan badan kanak-kanak tersebut lebam kerana darahnya dipercayai telah dihisap oleh jin!

AKU TAHU, ramai budak-budak perempuan kat sini yang pemalas nak lipat kain. Selalu la aku baca pos dia orang pasal nak upah orang la, suami bagi upah baru dia orang nak lipat kain la, nak beli mesin yang boleh lipat kain tak payah korang buat la.

Orang tua-tua zaman dulu cakap, kain jangan dibiarkan bertimbun. Katil tempat tidur jangan dibiarkan berselerak dan tak dikemaskan. Korang tahu tak, jin sangat suka duduk kat dalam kain-kain yang korang malas nak lipat tu. Haaa... korang dah sediakan tempat tidur dia, tu pasal la korang asyik dengar bunyi guli dan orang main tarik perabot.

Ni cerita masa arwah atuk aku hidup lagi. Bapak aku cerita tadi, aku kongsikan dengan korang. Ada sorang pak cik ni datang cari atuk aku. Cucu dia hilang. Dah tiga hari katanya. Jadi, atuk aku pon pergilah nak tengok apa yang boleh ditolong.

Macam biasalah, atuk aku bawak Quran dia. Dah selalu ada kat tangan dia kan. Atuk aku sampai je ke rumah tu, dia terus mintak izin nak masuk ke dalam bilik. Bilik ni bukan bilik tidur tapi ada katil. Bilik ni dia orang guna untuk letak baju-baju yang dah diangkat dari ampaian. Malas lipat, timbunkan kat situ.

Atuk aku berdiri kat tepi katil tu. Dia baca doa lepas tu dia seluk tangan dia ke dalam timbunan kain kat atas katil tu. Actually, tak banyak pun timbunan kain tu sebab dia orang dah melipat sejak budak tu hilang. Nak melayan risau agaknya, lipat kain. Kiranya busut kain tu tak tinggi mana. Tak banyak mana.

Atuk aku seluk tangan dia ke dalam kain tu. Entah apa yang dia cari tapi masa dia menggagau tu, tangan dia kena tarik dengan kuat. Tersembam muka atuk aku kat kain-kain yang bertimbun tu sampai dia dah macam nak masuk ke dalam kain tu. Atuk aku melawan. Dia baca ayat-ayat suci. Keluar bunyi meracau. Benda tu melawan. Katil tu bergegar kuat. Tapi kain yang bertimbun tu tak jatuh pulak. Macam dah kena gam.

Macam-macam bunyilah keluar. Entah apa yang atuk aku baca, tiba-tiba keluar api kat timbunan baju tu. Pastu berasap. Bau dia, hangit!

Atuk aku baca Yasin Mubin sebab maksud 'Mubin' tu sendiri ialah tunjuk. Nyata. Serlahkan. Dalam surah yasin tu ada tujuh mubin. Sampai kat setiap mubin, atuk aku berdoa. 

Pelan-pelan dia tarik tangan dia. Tak lama lepas tu, nampak tangan budak kecik tu. Lepas tu badan dia pulak sampai habis atuk aku tarik dia keluar dari timbunan kain yang tak tinggi tu. Budak tu dah longlai. Satu badan dia lebam. Darah dia kena hisap.

"Hari-hari kami lipat kain..." kata nenek budak tu. Muka tak percaya habis.

"Jangan biar kain bertimbun. Jin suka duduk kat dalam kain bertimbun. Katil kena kemas selalu. Bila nak baring kat atas katil,  pukul-pukul dulu serata tilam tu dengan kain sambil baca ayat Kursi. Jin suka tidur kat atas katil kita. Tak halau, dia tidur dengan kita la..." kata atuk aku.

Tak seram sangat la tapi pengajaran la pada yang malas nak lipat kain.