Bapa tikam leher murid yang didakwa mencederakan mata anak perempuannya

Loading...

Apabila lelaki berusia 36 tahun mendengar anak perempuannya mengadu matanya dicederakan oleh rakan sekelas, dia merancang untuk membalas dendam, lapor Asia One.

Dengan membawa sebilah pisau pemotong buah-buahan, si bapa terbabit pergi mencari kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun itu di sebuah sekolah rendah di Zhejiang, China pada waktu tengah hari 21 September. 

Seketika kemudian, kanak-kanak lelaki itu ditemui mati berlumuran darah di lantai bilik mandi dengan beberapa kesan luka tikaman di bahagian lehernya. 

Polis tiba di tempat kejadian dan mendapati suspek sedang duduk dan merokok berhampiran dengan mayat mangsa, serta senjata yang digunakan turut ditemui. 

Mangsa yang masih hidup dikejarkan ke hospital. Malangnya mangsa meninggal dunia selepas tiga jam kemudian. 

Menurut laporan media China, ibu bapa kedua-dua kanak-kanak terbabit sebelum itu telah bersetuju yang mangsa akan membuat permohonan maaf terhadap anak suspek. 

Bagaimanapun, lain pula yang berlaku apabila bapa murid perempuan menjadi berang apabila anaknya memberitahu matanya dicederakan. 

Pihak polis berkata, kecederaan yang dialami oleh murid perempuan itu hanyalah kecederaan yang ringan dan tidak menjejaskan kesihatannya untuk hadir ke sekilah. 

"Tergamak bunuh kanak-kanak dengan pisau? Saya berharap lelaki itu dikenakan tindakan undang-undang di atas perbuatannya terhadap anak saya. Anak saya mati sia-sia," kata bapa mangsa. 

Kejadian itu mengejutkan banyak pihak dan netizen menganggap tindakan bapa murid perempuan itu melampau. Sementara yang lain pula berkata, lelaki itu tidak sepatutnya melebih-lebih apabila anaknya terlibat dalam pergaduhan di antara rakannya. 

Suspek ditahan reman beberapa hari untuk siasatan.