Baru 3 hari, muzik video 'Bobo Dimana' dah dapat 98,000 dislike

Loading...

Sudah dikecam netizen sebelum ini agar tidak menggunakan 'bakat' Lucinta Luna dan Nur Sajat kerana kedua-duanya terpalit dengan kontroversi transgender, namun Datuk Aliff Syukri Kamarzaman tidak mengendahkan dan menerbitkan juga muzik video lagu terbarunya, Bobo Dimana. 

Baru saja dimuat naik Rabu lalu, muzik video itu telah ditonton 944,230 kali, lebih 13,000 like dan paling utamanya, lebih 98,000 dislike yang diterima video tersebut. 

Sebelum ini, netizen bukan sahaja mengecam Lucinta dan Nur Sajat, tetapi juga pada tarian yang dianggap melampau dan lucah serta tidak sesuai ditonton oleh seluruh lapisan masyarakat. 


Seorang pengguna Facebook juga pernah membuat teguran yang mendakwa video itu boleh merosakkan minda dan perangai budak-budak. 

"So disgusting! Dear parents, never ever let your kids watching this video, Bobo Dimana. Totally 18xxx, Inilah ciri-ciri softp*rn yang ramai tak sedar yang boleh merosakkan minda dan perangai budak-budak. Aliff Syukri, shame on you. Shame on you. Shame on you!

"Di saat umat Islam sedang berperang memerangi kejahilan dan dikecam kerana menentang kejahilan, kau boleh pula bawa anasir softp*rn ini dalam masyarakat. 

"Apa yang cuba diperjuangkan? Marketing? Music? Lagu santai-santai? No, apa yang nampak aksi-aksi menggoda menggunakan punggung dan payudara. Perlu ke atas katil dengan aksi ghairah macam tu? Penyanyi ke p*rnstar? OMG are you out of mind?" tulis Nurulbadiah Lai. 

Dalam kenyataan itu juga, beliau mempersoalkan mengapa usahawan kosmetik itu berkarya secara 'clean' dari memilih cara mudah untuk meraih publisiti. 

"We are muslim and we need to respect our religion at least. This is totally disgrace. 

"Stop support them! Ini bukan soal dengki business orang, bukan soal tak boleh tengok orang maju. But do this as a muslim. Never support something yang contrary (in this case too much) with Islam," tulisnya.