'Bini aku serabai, tak pandai bergaya, badan gemuk' - Suami buntu, isterinya tak jaga penampilan diri

Loading...

Luahan seorang suami yang tidak puas hati dengan sikap isterinya yang tidak pandai menjaga penampilan dirinya, menjadi bualan hangat netizen di media sosial. 

Perkongsian individu yang tidak didedahkan identitinya itu berkata, dia kesal isterinya tidak pandai bergaya seperti isteri rakan-rakannya. 

Selain itu, tanpa rasa segan, dia mendakwa isterinya tidak pandai berjimat cermat dan sering menghabiskan duit belanja yang diberikan setiap bulan.

"Salam min. Macam mana nak buat kalau bini serabai, tak pandai bergaya? Isteri aku ni min, tak macam isteri kawan-kawan aku. Isteri kawan aku dok rumah pun pakai baju lawa. Make up segala bagai.

"Isteri aku pula, pakai kain batik je kat rumah, kadang-kadang tak pakai bra. Kalau pakai pun, bra koyak rabak, reput-reput semua. 


"Aku bukan tak nak bagi dia belanja. Ada juga dalam RM200 sebulan. Anak kami baru dua orang saja. Kalau aku bagi RM200, tak cukup nak belanja. 

"Anak aku minum susu seorang saja, yang kecil itu. Belanja dapur RM50 okaylah. So kalau ada baki RM100 ke, belilah keperluan dia. Ini cakap, tak cukup duit. Dah dia tak pandai berjimat? 

"Kalau beli telur sekotak, lima hari dah habis. Macam mana nak berjimat? Badan pun gemuk sebab asyik makan saja. Buntulah," katanya. 

Salah seorang netizen, Muhammad Hassan, tampil memberi pandangannya dan cara yang betul bagi menangani masalah tersebut. 

"Begini bang, saya tolong jawabkan. RM200 itu abang bagi 100% pada isteri. Buat satu akaun bagi dia simpan. Keperluan lain abang belikan. Telor, sayur, bawang, ikan, ayam, beras itu abang buat list setiap hari atau minggu, tengok apa yang kurang di dapur. 

"Isteri abang pakai bra buruk, kan? Okey, baik. Abang tengok saiz bra dan seluar dalam dia. Abang pergi mana-mana mall, abang belikan. Beli yang paling selesa dan mahal. Lagi bagus abang beli yang boleh menjolok mata abang. 

"Isteri abang gemok, kan? Baik. Bagi masa pada dia 1 jam setiap hari untuk pergi gym atau bersenam. Dalam tempoh 1 jam itu, abang jaga anak-anak dan tolong kemaskan rumah sekali ya. 

"Abang kena faham, duit RM200 itu bukan nafkah bagi kepada isteri untuk dia beli keperluan dapur. Tapi RM200 itu adalah hak dia. Keperluan dapur, keperluan mandi dan segala apa yang diperlukan dalam rumah itu adalah tanggungjawab suami. Bukan isteri kena beli semua itu bang. 


"Abang kena ingat. ‘Bra yang buruk’ itulah yang susukan anak, jaga anak abang siang malam. Dan abang kena ingat, jika abang terlantar tak boleh bangun nanti ‘bra yang buruk” itulah akan cebok basuh najis abang. 

"Dah, sekarang pergi minta maaf kat isteri dan keluarkan semua duit dalam bank bagi kat isteri untuk dia shopping dan beli emas. Tambahan, bawa isteri ke SPA bang. Wangi nanti," katanya.