Budak 4 tahun diperkosa 3 murid

Loading...

Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun diperkosa sekumpulan murid di tandas sekolah dalam serangan seksual yang mengejutkan di Thailand, lapor Daily Mail

Difahamkan, mangsa telah diperhatikan oleh tiga murid berkenaan dari sebuah sekolah di Bang Lamung. 

Menurut laporan, salah seorang daripada suspek membawa pisau ketika melakukan jenayah tersebut. 

Ibu mangsa, 41, berkata, dia hanya mengetahui kejadian yang menimpa anaknya selepas dimaklumkan oleh guru pada 4 September lalu. 

Thai Visa News melaporkan, mangsa sebelum itu pergi ke ke tandas yang terletak di belakang sekolah. Dua suspek telah menahannya, sementara seorang lagi suspek bertindak memperkosanya. 

Pihak hospital kemudian mengesahkan, mangsa telah diperkosa. 

Tiga suspek terbabit disoal siasat dan telah disumbat dalam pusat tahanan juvana. 

Kejadian itu turut mendapat perhatian ahli politik, Paveena Hongsakul, yang mengarahkan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan tandas sekolah untuk tujuan keselamatan. 

Beliau juga meminta pihak sekolah mengkaji semula kedudukan tandas yang dikatakan tidak relevan.