'Dah serik nak pakai lens'

Loading...

Kerap kali viral kes kecuaian menggunakan contact lens sehingga memudaratkan mata sendiri dan ada yang hampir buta dan mungkin sudah ada yang buta? Kes kecuaian tidak sepatutnya berlaku di mana pengguna seringkali diingat untuk menjaga kebersihan kanta lekap itu pada tahap tertinggi. 

Terbaru seorang pengguna Facebook, Nia Aduraa II berkongsi pengalaman ngerinya yang mengalami nanah di mata sehingga menjejaskan kornea mata. Paling teruk sekali, dalam keadaan masih sedar, dia dapat merasai matanya dicucuk dengan jarum. Ouch! 

ASSALAMUALAIKUM. Rasa lama sis tak bersiaran di Facebook. Tengah menjaga diri dan mata. Mesti ramai yang tak tahu apa yang terjadi pada sis atau siapa yang tengok di Instagram, depa akan tahu. 

Okey, ini sis nak cerita pengalaman sis rasa ngeri dalam hidup dan sis nak kongsi serta educate people tentang salah satu nikmat Allah beri iaitu mata kita. 

Awal bulan Ogos hari itu sis menjalani satu pembedahan transplant cornea. Kalau nak tahu lebih mendalam, boleh Google. Puncanya adalah daripada contact lens yang kita pakai. Sis beli bukan dari Instagram ke apa ke, ini yang dibeli dari kedai optometrist. 

Ada kuman termasuk dalam bekas dan air di dalamnya. Okey, benda boleh jadi sebab kadang-kadang tangan atau persekitaran kita tak bersih dan kuman ada di merata-rata. Cuma kita saja yang tak nampak. So kadang-kadang kita basuh pun tak bersih sangat dan kita pegang lens berulang kali. 

Disebabkan itu, mata sis kena jangkitan yang sangat teruk sehingga nanah meleleh keluar tak berhenti dan dalam mata sis dah bernanah yang menutup bahagian mata hitam dan kornea sis. Kuman dah buat kerja dengan cepat. 

Sebab itu kornea terpaksa ditukar segera yang mana ia perlu ditempah dulu dari US kerana tiada penderma dari Malaysia. 

Sis tak ada gambar mata sis semasa dibedah tetapi boleh tengok gambar contoh itu di mana keadaan mata yang dijahit di luar sebab nak menututp mata dalam daripada bocor dan satu lagi contoh keadaan jahitan dalam mata yang sudah doktor buat transplant. 

Satu operation sis dapat bius satu badan tetapi dua lagi minor operation dapat bius hanya di mata. Jadi bayangkan dalam sedar kita rasa jarum cucuk bebola mata.

Apa yang sis nak cakap sekarang, hargai nikmat deria mata yang Allah bagi. Bagi sis, dah serik nak pakai lens atau apa-apa yang berkaitan dengan mata. 

Berdasarkan pengalaman sis yang sangat ngeri ini, even kadang-kadang eyelash extension pun yang berkaitan mata sebab chemical yang mereka guna nak gam mata kita itu. Yang itu pun doktor dah beri amara sebab apa yang berkaitan mata benda liquid kuman yang jatuh dalam mata kita tak nampak dan tak tahu bila akan terjadi. 

Jadi, kadang-kadang bila sis dengar kuman saja, tak kisahlah kuman dalam mata, paru-paru dan dalam darah sekalipun disebabkan satu contoh kes drip, injection putih kuman masuk melalui jarum tak bersih atau yang handle itu tak jaga kebersihan dengan betul. Jadi berhati-hatilah. 

Oleh yang demikian, jaga kebersihan, guna sanitizer dan kalau nak pakai lens, terpulanglah tetapi selalu buat pemeriksaan mata di klinik untuk langkah berjaga-jaga. 

Sis harap sedikit pengalaman ini boleh memberi input dan manfaat kepada anda semua. 

Sumber: Nia Aduraa II