'Dia tunjuk punai dia kat anak saya' - Ibu cemas, anak-anaknya diganggu lelaki pedo

Loading...

Alangkah terkejutnya seorang wanita apabila dia dimaklumkan oleh anak-anaknya mereka diganggu oleh seorang lelaki gila yang secara tiba-tiba menunjukkan kemaluannya. 

Menurut Affida Anggun Sedi, kejadian itu berlaku di Giant Putra Permai Seri Kembangan, berhampiran Pasar Borong Selangor pada Ahad lalu. 

Beliau sempat mengadu perkara itu kepada pihak pasar raya, namun suspek telah melarikan diri. 

"Selalu dengar dan baca saja pasal pedophile. Hari ini terjumpa seekor di Giant Putra Permai Seri Kembangan, sebelah Pasar Borong Selangor. 

"Dia tunjuk punai dia kat anak lelaki saya berumur 12 tahun dan anak dara dan seorang lagi kawan anak perempuan berumur 16 tahun.

"Mula-mula bila anak beritahu saya macam ni, "Mummy, kitorang jumpa orang gila". Saya terus marah dan sound balik. "Eh korang ni, orang gila mende? Tak elok cakap macam tu.". 

"Kemudian anak lelaki saya darjah 6 terus cakap, "Bukan gila macam tu, ini gila lain! Dia tunjuk punai dia kat kitorang!"

"Bila anak-anak beritahu begitu, saya terus pergi ke kaunter dan maklumkan kepada pihak Giant. Saya terus bayar barang-barang. Bila dia nampak anak-anak datang dekat saya, dia lari. So nak tunjuk dia pada staff Giant pun tak boleh sebab tiba-tiba dia menghilangkan diri," katanya.

Menyangka keadaan sudah selamat, tetapi tidak apabila suspek muncul kembali mengekori mereka. Affida sempat merakam gambar suspek sebelum beredar dari tempat berkenaan. 

"Tetapi tak habis di situ. Kitorang pergi DIY, dia ikut lagi. Serious! Anak-anak terus panggil dan beritahu lelaki itulah yang tunjuk punainya pada diorang. Saya tanya dua tiga kali, betul ke? "Ye betul," kata anak. 




"Kami sempat mengambil gambar dan terus berambus dari situ. Keluar dari DIY, kami terus pergi ke kereta," katanya. 

Justeru, Affida menasihatkan orang ramai terutamanya golongan ibu bapa agar berhati-hati dan tidak membiarkan anak berjalan seorang diri tanpa pengawasan orang dewasa.