'Kenapa tak upload video Bobo versi dakwah di IG korang? Pandai sangat kan nak kutuk-kutuk' - Aliff 'sound' netizen

Loading...

Sedar klip video muzik 'Bobo Dimana' dikecam teruk oleh netizen, usahawan kosmetik Datuk Aliff Syukri Kamarzaman tampil mengeluarkan kenyataan balas melalui Instagramnya semalam. 

"Yang sibuk kutuk-kutuk itu, jangan lupa tengok lagi Bobo versi dakwah PU Azman. Yang Bobo versi haram ini sampai 8 juta orang tengok, yang versi dakwah kenapa tak ramai tengok? 

"Naikkan lagu tu, support lagu dakwah. Yang haram pandai pula korang komen. Kenapa tak up video Bobo versi dakwah kat instagram korang? 

"Lepas saya cabar diri saya buat lagu nasyid, kalau lagu nasyid view tak sampai 8 juta, korang siap ye. Pandai sangat kan nak kutuk-kutuk. 



A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

"Ya saya pendosa, haram dilaknat Allah. Tapi apa kata kita sama-sama share isu kemungkaran lain banyak lagi di Malaysia ini. Kes buang anak merata, rasuah, maksiat, ustaz rogol pelajar tahfiz, atuk rogol cucu. 

"Kenapa tak ada sesiapa nak up cerita itu? Ingat ya, tak tengok nasyid saya sama macam view Bobo, siap korang. Jangan pandai taip saja tapi tak sama-sama buat," katanya. 

Kenyataan Aliff itu turut mendapat perhatian Nur Sajat yang memberikan komen berikut.

"Tunggu saya upkan video pulak! Melampau si PU Amin tu. Bajet-bajet bagus! Dia tu PU MUNAFIK!" 


Rakan duet dari seberang, Lucinta Luna, tidak ketinggalan cuba menenangkan Aliff dan Saja bahawa itu semua adalah dugaan apabila mereka sudah berada di puncak kejayaan. 

"Sabar Dato, istilah kata, semakin tinggi pohon semakin banak angin menerpa. Di saat Dato Aliff sedang tinggi naik pangkat, di situlah banyak orang-orang jahat ingin menjatuhkan Dato Aliff. Syirik tanda tiada mampu dan dia sepi job. Sabar Dato Aliff," katanya. 

Kenyataan ketiga-tiga lelaki itu membuatkan ramai netizen berasa kecewa kerana tiada tanda mereka mahu menerima teguran, apatah lagi berubah ke arah yang lebih baik.