Kes buli jalan raya, tertuduh didenda RM1,500 sahaja

Loading...

Lelaki yang menyerang dan merosakkan sebuah kereta yang didakwa menghalang laluannya baru-baru ini didakwa di mahkamah dan dikenakan denda RM1,500. 

Ketika dibawa ke mahkamah, tertuduh tersenyum dan tidak segan menunjukkan wajahnya kepada kamera pihak media. 

Menurut laporan Sinchew, juruteknik berusia 30 tahun berasal dari Kedah itu mengaku bersalah dan menyesal dengan tindakannya. 

Terdahulu, tertuduh didakwa menyerang pasangan suami isteri yang menaiki kereta Toyota Camry. Tertuduh ketika itu menendang cermin sisi kereta mangsa sehingga rosak dan merampas telefon bimbit pasangan berkenaan. 

Bagaimanapun, kejadian itu berjaya dileraikan orang awam dan tertuduh memulangkan telefon bimbit mangsa. 

Mangsa kemudian membuat laporan polis dan bertindak atas laporan itu, polis telah menahan lelaki terbabit. 

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana merosakkan harta. 

Peguamnya menegaskan, anak guamnya itu telah berkahwin dan tidak mempunyai rekod jenayah. Selain itu, dia hanya bertindak sedemikian selepas dia dilabelkan sebagai 'gangster' ketika kejadian itu berlaku. Tertuduh juga telah meminta maaf di mahkamah. 

Bagaimanapun, majoriti netizen tidak berpuas hati dengan hukuman yang dijatuhkan kerana ia dianggap terlalu ringan. 


BERITA BERKAITAN: