Konon nak bagi voucher percutian percuma, rupanya scammers

Loading...

Scammer sekarang semakin licik dan modus operandi mereka sentiasa berubah. Ramai juga yang telah menjadi mangsa golongan peraih duit haram ini, kerana sikap tamak dan adakalanya terlalu cuai sehingga tidak menyedari diri telah ditipu. 

Dalam kes terbaru, seorang lelaki menerima panggilan dari individu (scammer) yang menawarkan baucer percutian percuma. Tertarik dengan tawaran itu, lelaki ini pergi ke lokasi yang dinyatakan bersama dengan isterinya. 

Tanpa membuang masa, si isteri terus mengajukan beberapa soalan sehingga membuatkan kakitangan terbabit tak senang duduk. Semoga kejadian pasangan ini menjadi pengajaran kepada anda semua agar tidak mudah terperdaya dengan tawaran yang nampak menarik tetapi, bala menanti.

SAYA nak berkongsi tentang kejadian petang semalam. First time untuk suami, tetapi tidak untuk saya. Saya sudah terbuka mengenai hal ini lama. Dari duduk di UTM pun ada yang sudah tunjukkan pada saya tentang scammers. Tetapi itulah, sekalipun tak terbuka hati. Alhamdulillah.

Nak dijadikan cerita, kami plan nak makan grill lambak di area WadiHana, JB. Then pagi itu pula ada seseorang call suami dan beritahu nombor telefonnya terpilih untuk menerima baucar percutian percuma. Individu itu beritahu, dia kononnya call dari The Lost World of Tambun.

Dah memang nak ke sana, dekat saja dalam 10-15 minit. Okeylah, kita pergi tengok apa yang menarik sangat itu. Ala-ala "Wow! Bestnyeee free!"



First time masuk Berjaya Waterfront Hotel, saya berbisik pada suami, "We will see". Hihi! 

Sampai di hall hotel, mereka suruh isi borang dan disuruh masuk. Bila masuk, wah! Banyak meja. Ramai keluarga Melayu seperti kami. Seorang staff akan explain, siap kalkulator di atas meja. Ehem-ehem.. dah lain macam kan?

Staff yang layan kami cakap, boleh tak luangkan masa setengah jam untuk penjelasan? Kami cakap kami nak cepat, ada kerja. Saya dengan tak sabar-sabar terus bertanya ini syarikat apa? Ada Facebook company ke? Nak view. Saya terus keluar handphone nak cari. 

Staff itu kemudian bertanya dengan rakan sekerjanya. Dia cakap tak ada Facebook tetapi ada website. So saya terus tanya alamat website. Saya search di depan-depan dia, hasilnya? "Page not found". Saya siap tunjuk pada dia. Hahaha! 

Mereka kata ini bukan MLM, bukan Bitcoin dan sebagainya. Habis itu, apa dia? Saya dan suami suka orang yang terus terang saja. Bisnes apa? Akhirnya diberitahu bisnes Vending Machina. 

Okey, saya tanya lagi ada tak flyers atau booklet, atau apa-apa? Nak tahu tentang syarikat denga lebih lanjut. Diberitahu pula tak ada. Okey, then tak berminat dan kami pun baliklah. Staff itu beritahu nanti dia akan hubungi suami saya semula. 

"Sila bagi alamat web yang betul tau," balas saya. 

Disebabkan tidak berminat, kami minta balik borang yang telah diisi tadi sebab tidak amhu maklumat diri disalahgunakan oleh mereka. Kemudian orang atasan mereka datang, beritahu kami yang dia akan mengoyakkan borang itu. Saya tunggu dia koyakkan dan tunggu sampai dia pergi buang dalam tong sampah jauh di sana. 

Bila dah tahu sikit nama company itu, saya terus tanya pakcik Google. Dari situ semuanya terbongkar. Scanmers rupanya. 

Sebelum balik kami berjumpa dengan dua orang wanita ini. Mereka dapat baucer. Tetapi hasil dari siasatan, baucar itu palsu sebenarnya. Mereka kata memang dipaksa buat loan untuk business. Hmmm! 

Kami ambil pengalaman semalam dan post ini bertujuan untuk rakan-rakan di luar sana berhati-hati. Ramai yang sudah terkena. Bisnes yang suruh orang buat loan ini sudah lama wujud. 7-8 tahun lepas saya dah tahu. 

Saya follow page Facebook, "Say no to MLM/Scammer", Dari situ ada banyak info mengenai scammers. Orang kalau nak menipu, memang mereka tak takut dah. Entah bila nak minta maaf? 

Please alert, jangan mudah terperdaya dengan tawaran yang free ini. Jangan terperdaya 100% dengan mesej atau call dapat baucer percuma. Sebab nak masuk tandas pun kita kena bayar kecuali tandas R&R. Itu pun sebab ada bayar tol juga. 


Saya sertakan link berita mengenai modus oeperandi mereka. Pernah masuk newspaper rupanya. Sudah bertahun mereka buat aktiviti scamm begini. 

Selepas tergelak sama-sama dengan suami, kami pergi layan seafood grill lambak di The Bridge Wadihana. Tergelak atas kes kami lar. Bila bayangkan, kalau ada yang terkena tadi memang buat geram juga. 


Nasi with seafood grill lambak ini memang sedap sangat. Puas hati!

Sumber: Azila Ghani