'Sejak abah 'usik' pokok besar itu, rumah kami diganggu'

Loading...

Sekadar perkongsian untuk bacaan suka-suka. Bagi mereka yang lemah semangat dan mudah terbayangkan perkara yang tidak sepatutnya, anda dinasihatkan untuk tidak meneruskan bacaan. Risiko tanggung sendiri. Selamat membaca.

CERITA ini tidaklah seram sangat tetapi kalau nak dipendekkan mungkin seram, kot? Cerita ini bermula sejak bapa aku bersihkan kawasan pokok lama (Ara) di belakang rumah. Dua tiga minggu selepas itu, rumah kitorang jadi macam tak tenang dan bila malam tiba mesti ada saja bunyi seperti orang campak bola, tarik kerusi, ketuk tingkap dan bunyi orang beri salam.

Hari pertama itu, aku sakit perut (bukan sengugut biasa), sakit yang memang lain macam tetapi mak aku suruh makan panadol saja. Kemudian aku pun biarkan, mungkin sengugut agaknya. 

Hari kedua pula aku tak sekolah sebab sakit perut aku ini memulas yang amat. Aku pun tak tahu nak cakap apa, tekan perut bahagian sini tak sakit, tekan perut bahagian sana tak sakit pula. Tetapi sakitnya yang amat aku pernah rasa. 

Mak pun bawalah aku pergi ke klinik. Yelah, kalau apendiks, risaulah juga. Periksa punya periksa, doktor kata tak ada apa-apa. Jadi, kitorang baliklah. Masa itu perut aku tak sakit sangat. Tetapi menjelang jam 5 petag, mulalah sakitnya lain macam. Nak duduk atau berdiri pun tak boleh. 

Hari ketiga, aku terpaksa juga pergi sekolah, maklumlah nak PT3 tahun ini, jadi terpaksa pergi. Pagi elok saja, yelah sembang dengan kawan-kawan gelak sakan bagai. Menjelang jam 12.30 tengah hari, mulalah perut buat hal lagi sampai aku terpaksa call mak datang ambil di sekolah.

Balik saja dari sekolah, mak aku kata nak bawa pergi berjumpa dengan doktor. Tetapi bapa aku kata tunggu dia sebab nak pergi sekali. Kitorang pun tunggulah. 

"Dalam jam 2.30 petang nanti, kita pergi klinik," kata bapa aku. 

Kitorang habis makan tengah hari bagai, lepak di ruang tamu. Bapa aku, dia ada sembur air di dalam rumah, macam air yassin agaknya. Bila dia sembur, mak aku terus meraung macam kena rasuk (memang kena rasuk pun). 

First kena tu, dia menjerit saja. Nasib baik masa itu datuk aku ada di rumah. Dia memang pakar dalam benda-benda berubat ini. Jadi dia dah settlekan mak aku itu baru sekali seuruh baca tiga Qul, mengucap bagai. Kemudian mak kata, "Dia di luar saja, tak masuk pun". Tiga kali dia sebut benda yang sama.

Aku cuit kaki datuk aku dan kata, "Kata dia ada lagi dalam ini, tak keluar lagi." Haa, kan betul apa aku kata, kali ini memang dia nak bercakap. 

"Aku tak nak balik! Aku tak nak balik!"

Dua tiga kali dia ulang. Jadi datuk aku ubatkanlah bagai tetapi masa itu memang dia cakap tu macam dalam keadaan marah-marah pada kitorang. Dia kata, "Aku duduk sini lagi lama dari mu, lagi lama dari anak cucu mu. Mu yang kacau tempat aku. Aku dok kacau mu pun." 

Dia marah-marah bagai, tanya punya tanya nak tahu juga di mana rumah dia. Bila dia kata rumah dia di pokok belakang tong sampah itu, wow! Masa itu aku tak fikir lainlah, aku fikir pokok besar yang belakang rumah itu dan dia kata:

"Aku nampok je anok cucu mu dari jauh aku intai je, aku tak usik pun," katanya sambil tersengih-sengih. 

Pernah sekali mak aku suruh orang tebang pokok itu tetapi orang itu pula kata dia tak berani sebab pokok ini kalau ditebang, nanti berdarah. Jadi, kitorang biarkan saja. 

Janji punya janji dengan hantu itu kata, "Kitorang tak kacau kau dan kau jangan kacau kitorang.". 

Selepas saja hari itu, sakit perut aku pun menghilang, sakit-sakit sendi mak aku pun hilang. Malam itu juga aku dengan mak aku mandi bunga. Fuh! 

Selepas kejadian itu, aku dah tak berani nak bakar sampah di situ dan apatah lagi nak tegur pokok itu. Tapi aku nampak saja dia mengintai-intai. Kadang-kadang dia tunjukkan diri tetapi tak lama, dalam sekilas pandang. Kalau aku terpandang dia, mesti cepat-cepat minta maaf dan baca tiga Qul. Yelah, mungkin kitorang dah buat dia marah sangat sebab kitorang dah lama, dalam 13 tahun bakar sampah di situ. 

Sumber: Queen Half Gamer

Hantarkan kisah seram anda ke thereportermyofficial@gmail.com