(Video) Alat sulit disengat ikan pari

Loading...

Seorang lelaki yang sedang meluangkan masanya di pantai di sebuah resort di Hainan, China, tergendala apabila kemaluannya disengat ikan pari, lapor Shanghaiist

Dalam video yang viral di media sosial  negara itu, mangsa dilihat terpaksa meniarap menahan kesakitan di pantai bersama dengan seekor ikan pari di sebelah kanannya. 

Difahamkan, mangsa sedang berenang di lautan dan secara tiba-tiba ekor ikan pari itu termasuk ke dalam seluarnya lalu menyengat bahagian kemaluannya. 

Orang ramai datang menyaksikan kejadian itu dan terus menghubungi bomba dan paramedik yang tiba di lokasi kejadian beberapa minit kemudian. 

Mangsa terus dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan. 


Ikan pari bukanlah haiwan yang berbahaya, namun apabila ia merasakan dirinya terancam, ikan pari akan menggunakan ekornya yang mengandungi bisa untuk mempertahankan diri. 

Juga terdapat beberapa kes kematian berlaku akibat disengat ikan pari, seperti yang berlaku pada Steve Irwin yang meninggal dunia akibat punca yang sama pada 4 September 2006.