(Video) 'Dia yang pukul saya dulu!'

Loading...

Seorang lelaki warga emas cedera di bahagian dahi dan tangan kirinya selepas bergelut dengan lelaki muda yang didakwa meletakkan kereta di tempat yang tidak sepatutnya sehingga menghalang laluan keluar kereta pengadu. 

Kejadian yang dilaporkan berlaku di Melaka dan sempat dirakam oleh cucu warga emas terbabit yang terdahulu mahu membantu anaknya mengundurkan kenderaan, malangnya tidak dapat berbuat demikian kerana kehadiran kereta berwarna hitam tersebut. 

Lelaki terbabit kemudian menghampiri kereta itu dan meminta pemandunya beralih ke tempat lain. Entah bagaimana kedua-duanya mula bertelagah dan akhirnya warga emas itu mengambil kayu dan terus memukul pemandu berkenaan. 

Lelaki muda itu cuba bertahan mengelakkan dirinya dipukul. Tetapi lelaki tua itu terus menyerangnya secara agresif. 

Tidak tahan dengan situasi itu, pemandu terbabit terus menolaknya sehingga terjatuh ke tanah. 

Melihat keadaan bertambah teruk, tampil seorang lelaki cuba meleraikan pergaduhan itu.

Anak perempuan kepada lelaki tua itu pula mengambil kayu dan terus menyerang lelaki muda itu beberapa kali biarpun dia menjelaskan bahawa bukan dia yang memulakan pergaduhan itu, sebaliknya lelaki tua itu sendiri yang mula memukulnya. 


"Dia yang pukul saya dulu! Tanya dia sendiri, siapa yang pukul siapa dulu! Dia datang dan terus pukul saya. Kau ingat kau tua, kau besar?!" kata lelaki muda itu. 

"Ini bukan tempat awak untuk parking! Tengok apa yang awak buat pada ayah saya, awak pukul dia sampai berdarah!" balas wanita itu.

"Ini juga bukan tempat awak! Laporlah sekarang!" balas lelaki itu sebelum masuk semula ke dalam keretanya.

Wanita itu kemudian menghubungi polis dan memaklumkan mengenai kejadian yang menimpa bapanya itu.

Sementara itu, netizen berpendapat masalah itu boleh diselesaikan dengan cara baik tanpa perlu melibatkan pergaduhan.