(Video) Ibu ayam sanggup berhujan demi melindungi anak-anaknya

Loading...

Viral di media sosial India, video seekor ayam betina sanggup berhujan untuk melindungi anak-anaknya dari dibasahi hujan, cetus pelbagai reaksi netizen. 

Dalam kejadian yang berlaku di Visakhapatnam itu, kira-kira lima ekor anak ayam dilihat berlindung di bawah kepak ibunya, di tengah jalan raya berbanding berlari mencari tempat berteduh.


Individu yang merakam video itu berkata, "Video ini dirakam di pasar ikan tempatan ketika cuaca hujan. Kita dapat lihat kasih sayang si ibu ayam yang melindung anak-anaknya dalam hujan". 

Klip video itu viral meluas di media sosial termasuk di laman Reddit. 


"Adakalanya haiwan menjadi ibu bapa yang lebih baik daripada manusia," kata netizen. 

"Comelnya, berharap sangat kalau pemiliknya dapat mencari tempat teduh untuk mereka," kata netizen yang lain.