'Aku sakit!! Bukan nak teguran murah kau!' - Elyana bengang netizen kata dia mental

Loading...

Baru-baru ini, penyanyi dan pelakon, Elyana atau nama sebenar Erneelya Elyana Emrizal, 30, memaklumkan sel kanser kelenjar yang dihidapinya sejak tujuh tahun lalu sudah merebak ke bahagian tulang belakang sehingga menyebabkan dia sukar berjalan. Sekiranya sel kanser yang bersarang di bahagian itu tidak dibuang, dia berisiko untuk lumpuh. 

"Limfa Node ini sudah berada di tulang belakang tapi saya pun tak perasan. Jadi kena buat CT scan untuk pengesahan," katanya menerusi beberapa pautan video yang dimuat naik di Instastorynya. 

Elyana juga mengakui, pergerakannya agak terbatas dan menyakitkan selepas mengalami kesakitan di bahagian belakangnya itu. 

Ramai netizen dan peminat mendoakan agar Elyana cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusannya. Tetapi ada segelintir netizen yang sewenang-wenangnya memuat naik komen yang berbaur menyakitkan hati menyebabkan Elyana kesal dan membalas beberapa komen tersebut. 

Keadaan bertambah teruk apabila seorang wanita memuat naik komen yang mengata Elyana 'mental'. 

"Allahu, orang menegur cara baik tiba-tiba nak mental. Mungkin dunia sekarang dah tak boleh slaing mengingati. 

"Ingat kita boleh terima teguran dari sesiapa sekali pun even dia dari seorang pelacur dan sebagainya. 

"Jika teguran itu betul, terimalah dengan hati terbuka," tulis wanita berkenaan. 


Elyana juga memuat naik paparan skrin komen tersebut dan beberapa gambar individu berkenaan. 

"Meh ramai-ramai kita ingatkan dia pula. Dia tak sakit, so dia tak stress. Dia boleh terima dengan hati yang terbuka luas. 

"Don't worry, dia takkan MENTAL macam saya kalau kena tegur. Tudung macam ni ke baru boleh masuk syurga?" tulis Elyana. 


Di ruangan komen, rakan artis, Betty Rahad menasihatkan agar ruangan komen itu ditutup dan tiada keperluan untuk Elyana membaca komen-komen negatif dari netizen. 

"Nana! Please off semua comment. You tak perlu baca ini semua dalam keadaan you sekarang. I yang baca pun stress, inikan pula you. Please fokus dengan diri dan family you. Keep fighting, ramai lagi yang sayang you," kata Betty.