'Bukan Bangla biasa-biasa ni..' - Model pertama keturunan Bangladesh di London Fashion Week

Loading...

Ramzan Miah, menempa sejarah menjadi model lelaki pertama keturunan British-Bangladesh yang muncul di pentas peragaan London Fashion Week (LFW) pada September lalu. 

Pemuda berusia 25 tahun dari Luton, Bedfordshire ini mula berkecimpung dalam dunia peragaan sejak berusia 17 tahun, namun hanya mula menyertai agensi peragaan tiga bulan lalu apabila pengurusnya mendorong dia untuk hadir ujibakat untuk LFW. 

Usaha Miah itu bagaimanapun membuahkan hasil apabila dipilih untuk menjadi model bagi acara fesyen berprestij itu. 
Miah berkata, dia berharap usahanya itu dapat memberi inspirasi kepada orang lain untuk menyerlahkan identiti mereka. 

"Saya mengambil bahagian dalam peragaan ini untuk menunjukkan bahawa setiap orang adalah individu, tidak mengira apa latar belakang anda," katanya. 

Karier Miah bermula pada pertandingan persembahan fesyen di The Mall, Luton, di mana seorang ejen bakat yang melihat dia berpotensi untuk dijadikan sebagai model. 

Catwalk pertama Miah dilakukan pada usia 22 tahun ketika dia menjadi model untuk jenama busana John Lewish di Norwich Fashion Week. 

"Catwalk pertama saya adalah di Norwich Fashion Week. Saya datang dari jauh dan mahu berkongsi (penampilan LFW) untuk komuniti Norwich," katanya. 




Banyak perubahan yang berlaku sejak itu dan Miah juga mendapati dia bukan hanya berbakat dalam bidang model tetapi juga berbakat untuk berlakon serta pernah muncul dalam filem Legacy, Naca, Ghost STories, The Rocketman dan filem Disney, Alladin. 

Dilahirkan pada 19 Julai 1993 di Luton, Miah sangat menggemari acara pementasan sejak kecil dan menyertai Seni Teater Stagecoach pada usia 10 tahun. 

Miah kemudian mengembangkan bakatnya di Bird College in Musical Theatre and Dance dan berjaya menamatkan pengajiannya pada 2016.