'Dia makan mi dari bekas makanan orang'

Loading...

Sesetengah orang lebih gemar menjauhkan diri dari gelandangan atau orang yang kelihatan kurang waras, lebih teruk lagi ada yang berprasangka bukan-bukan meskipun golongan ini bukanlah seperti yang disangkakan. 

Ibu hamil ini, Febyolla Wardhanie berkongsi pengalamannya dengan seorang lelaki kurang waras namun perbuatannya tidak menunjukkan dirinya seperti itu. Malah, Febyolla sendiri terkejut melihat keprihatinan lelaki berkenaan. 

SIANG tadi lalu di Terminal Merak. Lelaki yang duduk di tangga itu adalah gelandangan dan maaf, agak kurang waras. Secara tiba-tiba dia mendekati saya. 

"Nih, ka... sian," katanya sambil menghulur nasi dan menunjuk ke arah perut saya. 

Dia membantu membuang sampah dan pegawai di terminal memberikan dia nasi bungkus percuma. Dia melihat saya yang hamil ini kepenatan, lalu dia berasa kasihan dan terus menghulurkan nasinya kepada saya. 

Sementara itu dia makan mi dari bekas makanan orang. 

Itulah sebabnya saya selalu belajar untuk tidak memandang orang sebelah mata. Masih ada orang baik. 


Belajarlah untuk tidak berprasangka buruk terhadap orang di sekeliling kita.