Enggan dikahwinkan dengan teman lelaki curang, gadis minum cecair peluntur

Loading...

Seorang gadis sanggup minum cecair peluntur kerana tidak mahu meneruskan hubungan dengan teman lelakinya yang didakwa mempunyai hubungan dengan perempuan lain, lapor Harian Metro

Dalam kejadian jam 9 pagi semalam di kediaman keluarganya di Batu 12, Sandakan, Sabah, gadis berusia 20 tahun yang juga merupakan penuntut universiti di Kota Kinabalu itu mengalami muntah dan sakit perut sebelum dihantar ke Hospital Duchess of Kent untuk mendapatkan rawatan. 

Difahamkan, sebelum kejadian itu berlaku, gadis berkenaan bertengkar dengan ibunya selepas ditegur agar menjaga sikapnya di hadapan keluarga teman lelakinya yang datang ke rumah. 

"Teman lelakinya datang ke rumah bersama ahli keluarga dipercayai untuk membincangkan berkenaan perkahwinan mereka. Bagaimanapun, gadis itu enggan meneruskan hubungan kerana mendakwa lelaki itu mempunyai hubungan dengan perempuan lain," katanya. 

Sumber itu berkata, gadis itu kemudian meminum cecair peluntur.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin, mengesahkan kejadian itu dan pihaknya sedang menjalankan siasatan mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan kerana cuba membunuh diri. 

"Gadis itu masih menerima rawatan di hospital dan berada dalam keadan stabil dan siasatan lanjut masih dijalankan," katanya.