Isteri outstation, suami anjur pesta gay

Loading...

Di kala si isteri keluar bertugas di luar kawasan, si suami mengambil peluang untuk menganjurkan pesta seks gay dan dadah di kediaman mereka di kawasan Sunter Agung, Jakarta Utara, Indonesia. 

Bagaimanapun, perbuatan lelaki yang dikenali sebagai DS itu terbongkar dan ditahan polis Metro Jakarta selepas mendapat maklumat daripada orang awam pada Ahad lalu. 

Ketua Polis Metro Jakarta Pusat, Asisten Komisioner Arie Adrian berkata, dalam serbuan itu pihaknya turut memberkas 22 lelaki, selain merampas puluhan pil dadah jenis ekstasi. 

"Rumah yang dijadikan sebagai lokasi pesta liar ini adalah milik DS. Difahamkan, DS sudah beristeri dan ketika serbuan dilakukan, isterinya tiada di rumah kerana bertugas di luar kawasan. 

"Kebanyakan individu yang ditahan adalah kenalan di media sosial," katanya. 


Arie menegaskan, pihaknya tidak membuat tuduhan liar berhubung pesta gay itu kerana, ketika serbuan dilakukan, semua lelaki yang berada di dalam rumah itu hanya memakai seluar dalam. 

Pihak polis kini sedang menyiasat dari mana mereka mendapat bekalan pil ekstasi berkenaan. Jika disabit kesalahan, kesemua yang ditangkap boleh dipenjarakan sehingga 20 tahun penjara. 

Sumber: Tribun News, Sinar Harian