'Itu bukan majlis kahwin tetapi...' - Izreen Azminda

Loading...

Baru-baru ini, pelakon Izreen Azminda dan suaminya, Muhamad Radzi Abdul wahid atau Ude, berkongsi gambar-gambar mereka di majlis resepsi yang diadakan di Villa D'Acqua, Masjid Tanah, Melaka, pada malam Selasa, Sinar Harian.

Menerusi Instagramnya, Izreen berkongsi gambar-gambar itu yang mengenakan tiga persalinan sempena majlis tersebut iaitu busana putih, diikuti dengan persalinan tradisional, songket berwarna ungu dan persalinan moden berwarna keemasan. 









Bagaimanapun dalam laporan Roti Kaya, Izreen menjelaskan itu bukanlah majlis perkahwinan seperti yang didakwa. Sebaliknya, hanya sesi fotografi yang ditaja oleh penaja. 

"Itu bukan majlis kahwin tetapi acah macam majlis sebenar. Ia hanya sesi fotografi untuk kenangan saya dan suami. Jadi, janganlah fikir yang bukan-bukan pula. Saya sudah jangka perkara ini mesti kecoh. Malah, ada yang tuduh bukan-bukan. 

"Ingin dijelaskan, penaja mahu sesi fotografi dibuat seperti majlis perkahwinan sebenar iaitu malam berinai, nikah dan resepsi. Apatah lagi selepas berkahwin tahun lalu saya tidak pernah ada gambar rasmi perkahwinan," katanya.