'Mental aku kuat tapi korang dah downkan teruk sangat' - Elyana nyahaktifkan Instagram kerana komen negatif netizen

Loading...

Semalam, Elyana meluahkan rasa kesalnya terhadap segelintir netizen yang tidak putus-putus mengingatkannya tentang kematian dan bertudung, selepas media melaporkan penyakit kanser yang dihidapinya sudah merebak ke tulang belakang. 

Keadan bertambah teruk apabila ada seorang wanita pula yang mendakwa Elyana 'mental', menyebabkan pelakon dan penyanyi itu berang. 

Ramai pihak yang menasihatkan Elyana agar tidak mengendahkan komen-komen dari netizen yang tidak reti menjaga sensitivitinya itu. Malah ada yang meminta Elyana menutup saja ruangan komen buat sementara waktu. 

Kemuncaknya, Elyana sudah tidak tahan lagi dan memaklumkan dia mahu menghentikan semua rawatan yang sedang dilakukannya kerana ramai yang mahu melihat dia mati. 

"Aku dah kenyang dengan perkataan mati! Apa masalah korang??? Korang tak mati ke?? 

"Hari ini saya stop semua treatment saya sebab ramai yang nak tengok saya mati! Terima kasih. Marilah kita mati sama-sama! 

"Mental aku kuat, tapi korang dah downkan ateruk sangatlah weh! Aku dah give up! Aku doakan korang happy sekeluarga!" tulis Elyana sebelum menyahaktifkan akaun Instagramnya. 


Sumber: Sinar Harian


BERITA BERKAITAN: