'Minta maaf buat mak susah hati' - Pelajar PT3 maut selepas terjun dari tingkat 11

Loading...

Merajuk dengan ibu, seorang remaja perempuan nekad terjun dari tingkat 11 rumahnya di Lebuh Sungai Pinang, Georgetown, semalam. 

Dalam kejadian jam 8 pagi, pelajar tingkatan tiga itu ditemui maut berhampiran kolam renang oleh pekerja pembersihan di kawasan kediaman tersebut. 

Menurut sumber, mangsa merajuk dengan ibunya sebelum meninggalkan nota mahu membunuh diri. Namun ibunya menganggap nota itu hanyalah gurauan dan tidak mengambil peduli mengenainya. 
Ibu mangsa bagaimanapun terkejut apabila mendapati anaknya benar-benar membunuh diri. 

Difahamkan, mangsa sepatutnya menduduki ujian PT3 bermula semalam. 

Mangsa yang merupakan anak sulung dari dua beradiknya dipercayai membuka tingkap biliknya sebelum terjun. 

Nota bunuh diri mangsa juga tersebar di media sosial yang menyatakan permohonan maaf terhadap ibunya selain mengatakan dia tidak mahu ibunya menangis lagi.


Mayat mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk post mortem. Polis kini sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian itu.