'Suka hati aku la anak aku, kau jaga anak-anak kau sudah' - Fasha Sandha

Loading...

Baru-baru ini, Fasha Sandha membawa anak-anaknya, Putri Raysha Jemaima dan Putra Rayfal Ramli, menaiki tren ETS ke destinasi Perlis Indera Kayangan. 

Fasha dan anak-anaknya selamat tiba ke destinasi selepas menempuh perjalanan selama lima jam. 

"Alhamdulillah, selamat sampai Indera Kayangan. Anak-anak pun baik je lima jam dalam ETS.

"Kepada ibu-ibu yang takde suami, nak travel dengan mudah, jangan bawa luggage. Bawa je backpack yang besar, semua boleh masuk," tulisnya di Instagram. 
Bagaimanapun, ada segelintir netizen yang kurang senang dengan tindakannya mendukung anak-anaknya yang dianggap berbahaya. 

"Dukung elok-elok, nanti jatuh baru tau. Dah besar, suruh dia jalan. Buat apa dukung? Didik anak dengan betul. Kalau nak buat aksi pun, jangan begini. Bahaya," kata Tajuddin dan begitu juga dengan beberapa lagi netizen lain. 

Kesal dengan komen sedemikian, Fasha tampil membalas komen-komen di Instagramnya. 



A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on

"Eeeeeeh kau ni, suka hati aku la, anak aku. Ada je orang macam kau ni nak tunjuk pandai. Kau jaga anak-anak kau sudah. Ni anak yang keluar dari perut aku, aku tau buruk baik. Tak payah nak tunjuk bijak pandai sangat k. Thank you.

"Do not judge kalau langsung tak tahu cerita k. Kisahnya, anak I dua-dua nak I dukung. Orang lain pun dia tak nak. Kebetulan dua-dua baru bangun. Nak cepatkan keadaan, saya dukung dua-dua sebab pintu tu buka tak lama. Kejap je pintu tu buka sebab next destination adalah Padang Besar. 

"Baru bangun tidur at 11pm, dua-dua memerap. Nak cepat untuk keluar dari pintu, kena carry gitu. Pintu tu tutup cepat. Itulah kisahnya," tulis Fasha.