'Ulat keluar dari benjolan!' - Ibu hampir pengsan, 4 ekor ulat dalam badan anaknya

Loading...

Seorang ibu terkejut apabila mendapati badan anaknya dimasuki empat ekor ulat yang menyebabkan anaknya mengalami kesakitan dan tidak dapat tidur dengan lena setiap malam. 

Si ibu pada awalnya menyangka, benjolan yang terdapat di empat bahagian badan anaknya hanyalah benjolan biasa sahaja. Sepanjang tempoh empat hari itu, anaknya seringkali mengadu sakit tetapi tidak diendahkan kerana menyangka ia perkara biasa. 

Sehinggalah si ibu ternampak benjolan itu sudah pecah dan ada sesuatu di dalamnya. Golongan ibu bapa, sila ambil maklum dan jaga kebersihan pakaian anak-anak anda serta anda sekeluarga kerana ia juga boleh berlaku pada orang dewasa.

SAYA nak kongsi pengalaman yang baru saya alami beberapa hari yang lalu. Saya perasan anak lelaki saya ada empat benjolan di kepala, dada, kaki dan jarinya yang sangat kecil. 

Pada awalnya saya hanya menjangka ia infeksi biasa dan akan pulih sendiri. Doktor juga memberi krim sapuan antibiotik. Seperti yang ditunjukkan dalam gambar, benjolan itu masih kecil.

Namun adakalanya anak saya menjerit, "Kepala dia! Kepala dia!" atau "Kaki dia!". Sekali lagi saya menyangka benjolan itu menyebabkan dia sakit dan saya berikan dia paracetamol. 

Gurunya juga ada memaklumkan anak saya ada menjerit kesakitan pada kepalanya. 

Pada hari ketiga, selepas saya pulang dari bekerja, saya periksa tangannya dan ternampak benjolan itu telah pecah, serta kelihatan ada sesuatu di dalamnya. Saya picit dan ulat keluar dari benjolan itu!


Saya hampir pengsan, saya call suami saya dan juga menghubungi doktor. Masa itu dah jam 6 petang, kami tak dapat nak pergi ke hospital. Jadi, doktor menasihatkan saya memicit semua benjolan yang ada pada badan anak saya dan hasilnya, empat ekor ulat berjaya dikeluarkan. 

Saya bersihkan lukanya dan doktor berikan antibiotik. Akhirnya anak saya dapat tidur dengan lena berbanding empat hari yang lalu. 


Doktor kemudian memberitahu saya mengenai Tumbu Fly. Ibu bapa, tolong baca info mengenainya. Kata doktor, ia boleh berlaku kepada bayi, kanak-kanak dan juga orang dewasa. Terutamanya apabila pakaian yang disidai di luar di mana lalat akan bertelur pada pakaian atau bertelur di rumput dan jika pakaian anda terjatuh ke atasnya, telur itu akan melekat. 

Apabila pakaian itu dipakai, telur itu akan memasuki kulit dan membiak di dalamnya sebagai ulat. Pada waktu malam, ia akan bergerak-gerak dan itulah sebabnya anak saya kerap menangis dan menjerit kesakitan sejak empat malam lalu. 

Doktor nasihatkan:
  • Sidai pakaian anda dan diklip denga penyepit baju bagi elakkan pakaian terjatuh. 
  • Hempas-hempaskan pakaian sebelum dibawa masuk ke rumah. 
  • Cuci semua pakaian anak anda dengan air panas. 
  • Gosok semua pakaian terutamanya pakaian anak.
  • Adalah digalakkan mencuci pakaian dengan tangan.
  • Cuci semua cadar tilam dan tuala dengan air panas.