(Video) 'Baru dapat lesen...'

Loading...

Viral di media sosial China, video seorang pemandu wanita yang cuba memarkir keretanya menemui kegagalan apabila dia bukan sahaja melanggar kereta lain, malah merempuh tembok rumah. 

Difahamkan, wanita itu baru sahaja mendapat lesen memandu. 

Berdasarkan video rakaman kamera litar tertutup (CCTV), kereta itu dilihat masuk ke kawasan tempat letak kereta di Xuancheng, Anhui, pada 11 Oktober lalu. 

Entah bagaimana, wanita itu secara tertiba melanggar tiga buah kereta yang parkir sehingga salah sebuah kereta tergelongsor keluar dari parkir. 


Tidak beberapa lama selepas itu, tiba-tiba kereta itu mengundur dengan laju lalu merempuh tembok di belakang menyebabkan tembok itu runtuh. 

Lapor media China, pemandu wanita itu mengalami kecederaan ringan dalam kemalangan yang aneh itu. Dia juga tidak dikenakan tindakan undang-undang kerana pihak berkuasa berkata, kerosakkan yang dilakukannya itu tidak melibatkan harta awam. 

"Saya tak faham macam mana orang macam ni boleh dibenarkan memandu. Entah macam mana dia boleh lepas ujian memandu," kata netizen.