(Video) 'Eeewwww!! Ulat!' - Pelanggan temui ulat dalam tiub sos cili restoran makanan segera

Loading...

Selepas ini jika anda pergi ke restoran makanan segera, pastikan anda memerhati tahap kebersihan perkakasan di restoran tersebut. 

Baru-baru ini pengguna Twitter memuat naik video penemuan puluhan ulat yang ditemuinya dalam tiub lutsinar untuk mengepam keluar sos, di sebuah restoran McDonald's di Cambridge, UK. 

Video yang dirakam Isabella itu menunjukkan banyak ulat yang sedang merayap dalam tiub plastik itu. 



Tweet yang dimuat naik pada 3 Oktober lalu mendapat banyak perhatian dengan netizen dan rata-rata mereka meluahkan rasa terkejut dan rasa loya dengan penemuan yang tidak disangkakan itu. 

Isabella berkata, walaupun dia telah memaklumkan penemuan menjijikkan itu kepada kakitangan restoran, tiada sebarang tindakan dan kakitangan premis terus melayani pelanggan lain seperti biasa. 

Tidak lama kemudian, penularan video itu disedari oleh McDonald's UK yang memohon maaf di atas perkara yang berlaku. Pihak McDonald's memberi jaminan akan menyiasat kejadian itu.