(Video) 'Kan dah kena sepit ketam'

Loading...

Dalam dunia ini, ada di antara kita gemar melakukan perkara yang kurang cerdik, contohnya seperti lelaki ini yang mengambil keputusan untuk meletakkan sesuatu di pada sepit ketam. 

Rama Rao, 37, menerima padah akibat dari kecerdikannya selepas bergurau dengan seekor ketam yang dirakam secara langsung untuk menunjuk-nunjuk kepada rakannya di Tamil Nadu, selatan India. 

Video menunjukkan Rao sedang memegang seekor ketam besar sambil menjelir lidahnya pada penyepit ketam yang sedang terbuka. 


Difahamkan, Rao membeli ketam itu dari sebuah pasar basah berhampiran dan mahu bergurau dengan haiwan itu sebelum menjadikan ia sebagai makan malam. 

Dikeliling rakan-rakannya, Rao membuat rakaman video live sambil mengacah-acah ketam itu untuk menyepit lidahnya. Namun, tiada sebarang reaksi dari ketam itu. 

Tidak puas hati dengan keadaan itu, Rao sekali lagi cuba mengacah ketam itu dengan meletakkan lidahnya ke ruang yang lebih dalam. Di kesempatan itu, ketam terbabit terus segera menyepit lidahnya membuatkan Rao mengelupur kesakitan. 





Rao cuba membuka penyepit ketam itu tetapi tidak berjaya kerana ia terlalu ketat sebelum dibantu oleh salah seorang rakannya.

Sebaik saja lidah Rao berjaya dilepaskan, kedengaran rakan-rakan ketawa dengan insiden yang tidak dijangkakan itu. 

Sumber: Daily Mail