(Video) 'Mia? Mia? Tak kelakar weh' - Penampakan kelibat lembaga dalam video live sebelum rakan dirasuk

Loading...

Viral di media sosial penampakan kelibat lembaga hitam yang muncul dalam video live seorang wanita yang sedang dipercayai sedang membuat review produk kosmetik, mencetuskan pelbagai reaksi netizen. 

Video itu bertambah menakutkan apabila rakannya secara tiba-tiba dan menjerit seperti dirasuk benda halus. 

Berdasarkan video berdurasi 2 minit 20 saat itu Nesa Idrus, terdahulu terkejut mendengar bunyi berdengus yang menyeramkan dan bertanya kepada rakannya, namun tiada jawapan. 

"Apa tu dowh? Scary gila!" katanya dan kembali menyambung video livenya. 

Namun pada minit ke 1.11, lampu di kediaman mereka tiba-tiba berkelip dan kelihatan kelibat lembaga hitam lalu di belakang Nesa. Dalam masa yang sama, rakannya terus tunduk dipercayai telah dirasuk. 

Terkejut dengan kejadian itu, Nesa cuba memanggil dan menyentuh tangan Mia namun ditepis dengan pantas sebelum video itu ditamatkan siarannya. 


Netizen bagaimanapun mempersoalkan kesahihan video tersebut atas sebab dua perkara berikut yang dianggap tidak masuk akal iaitu, jumlah penonton dan komen-komen dari penonton. 

"Fake. Live vew 120 saja, tak bergerak. Haha," kata Michigo Gx. 

"Itulah pasal, padahal ramai orang baru join. Komen pun muncul dari atas, bukan bawah. Hahaha," kata mons Ta Shiers.