(Video) 'Saya akan buat hidup kamu tidak tenang' - Cucu Zahid Hamidi beri amaran, tetapi dikecam netizen

Loading...

Jumaat lalu, netizen mengecam Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid yang memuat naik video anak perempuannya, Sofee, 9, memberi amaran dan ugutan kepada pihak yang didakwa menganiaya datuknya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang ditahan SPRM atas dakwaan pecah amanah. 

"Kamu boleh penjarakan datuk saya, tetapi bukan jiwa dan semangat perjuangannya. Kami adalah keluarganya dan tidak akan berhenti berdoa untuknya. 

"Saya akan buat hidup kamu tidak tenang, saya akan buat kamu menyesal. Ingat, saya hanya berusia 9 tahun dan saya adalah masa depan negara," katanya dalam video yang dimuat naik ibunya di Instagram. 
Namun netizen mengkritik Nurulhidayah yang didakwa cuba mempergunakan anaknya untuk meraih simpati rakyat. Malah, netizen mendakwa Nurulhidayah yang mengajar anaknya berkata sedemikian. 


Sementara itu, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat, Hannah Yeoh berkata, Nurulhidayah sepatutnya melindungi anaknya, bukannya memuat naik video anaknya berkata sedemikian sehingga dikecam teruk oleh netizen. 

"Saya minta kita henti kongsi video anak itu. Dia terlalu muda untuk faham apa yang sedang berlaku. Orang dewasa patutnya lebih tahu dan tidak memanipulasikan emosinya. Anak itu tidak bersalah," katanya. 

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari pula  menggesa netizen berhenti dari terus mencemuh cucu Zahid kerana ia adalah satu bentuk 'cyberbullying'.