'Aku rasa ini biadab' - Pelakon tegur video viral pramugara tapi...

Loading...

Beberapa hari lalu, viral di media sosial video seorang pramugara membuat pesanan minuman melalui Pandu Lalu Starbucks dengan bahasa Kelantan membuatkan netizen geli hati. 

Dalam video viral itu, Arieff Effenddy Yong atau Arep Yong cuba bertutur dialek Kelantan dan ramai yang terhibur dengan video tersebut. 

Bagaimanapun, pelakon Redza Minhat pula menyifatkan perbuatan Arep itu sebagai biadab dan mendakwa Arep telah membayar barista terbabit untuk meraih perhatian di media sosial. 



"Aku rasa ini biadab. But anything for attention these days. Mungkin kau tak rasa biadab sebab kau bengap. No two way about it. 

"Of course, a barista is paid to listen to you wanking for retweets, for fun. Yeay, everyone wins," tulisnya. 

Ada netizen yang menyokong pandangan Redza, namun ada juga yang sebaliknya dan meminta orang ramai usah terlalu serious kerana video Arep itu tidak keterlaluan berbanding video-video individu lain yang pernah viral sebelum ini. 



Menyedari perkara itu telah menjadi tajuk berita hari ini, Arep tampil memuat naik komen balas di Instagram mStar Online dan menafikan dirinya mempersendakan barista berkenaan. 

"Aku rasa yang buat headline ini minum ketum doh, mempersendakan barista pale bapak dia. Terang-terang barista pun ketawa-ketawa," tulisnya.