'Aku tak nak generasi aku rosak disebabkan seorang pondan ini'

Loading...

"Aku malas nak bahas dan bersuara dengan isu-isu ini sebab ramai yang tegur dia. Tetapi kali ini aku tak boleh duduk diam sebab dia dah cross line dan biadab dengan mengajar perkara tidak senonoh macam ni," demikian tulis Fendy Mojo di Twitternya. 

Menurut Fendy, dia kesal dengan tindakan pengguna Twitter @Izzatdalphia yang mengajar golongan wanita perkara yang tidak baik dan secara terbuka di mana tindakannya itu boleh merosakkan generasi masa kini.

"Yang mengajar ini pula adalah pondan yang entah ke mana perhitungan dia daripada elok dilahirkan lelaki, terus jadikan diri dia perempuan. 

"Aku okey kalau itu pilihan dia, tetapi untuk ajar orang perkara yang negatif macam ni, sorry it's too much," katanya.  

Berdasarkan gambar screenshot yang disertakan oleh Fendy, Izzat dengan selambanya memuat naik tweet mengajar golongan wanita menghisap puting teman lelaki.




Ekoran itu, Fendy meminta netizen melaporkan akaun Twitter Izzat itu sehingga dihapuskan dari Twitter. 

Gunakanlah media sosial dengan cara yang baik dan jangan disalahgunakan untuk mengajar perkara yang bukan-bukan. Juga hargai kebebasan yang diberikan, jangan sampai perbuatan anda boleh mencetuskan kemarahan pihak lain.