Anak pengasuh liwat kanak-kanak berusia 5 tahun

Loading...

Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun ditahan selepas disyaki meliwat kanak-kanak berusia lima tahun yang dijaga oleh ibunya yang juga merupakan pengasuh mangsa, lapor Harian Metro

Dalam kejadian di Taman Saujana, Pontian, Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mustafa Bakri Salleh berkata, suspek ditahan selepas ibu mangsa membuat laporan polis pada jam 9.47 pagi semalam. 

"Ibu mangsa memaklumkan anaknya mengadu diliwat anak pengasuh yang menjaganya. Susulan daripada laporan itu, pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Daerah Pontian menahan remaja lelaki berusia 13 tahun itu. 

"Hasil siasatan awal, suspek mendedahkan meliwat mangsa di rumahnya di Taman Saujana ketika ibu suspek yang juga pengasuh mangsa tiada di rumah," katanya. 

Suspek kini ditahan reman selama lima hari sehingga Isnin depan untuk siasatan mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan.