'Jangan layan saya macam budak sekolah, saya bayar berjuta-juta kot?' - Aliff kecewa Astro beri dia peluang nyanyi lagu baru untuk masa singkat

Loading...

"Saya rasa macam terhina, saya rasa macam sedih dan saya rasa tak patut benda ini berlaku sedangkan lagu termati pada awal dan kawan daripada Johor datang pakai baju lawa-lawa semua dan sepatutnya mereka akan join saya untuk buat show dan saya minta maaf pada anda semua," demikian luah Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman yang mendakwa dia diaibkan oleh pihak yang ditajanya. 

Menurut Aliff, dia sepatutnya membuat persembahan untuk lagu terbarunya, Biarlah Apa Orang kata, ditemani dengan beberapa rakannya. Malangnya perkara itu tidak berlaku menyebabkan dia kesal dan terus meninggalkan program tersebut.

"Saya rasa benda ini tak patut berlaku. Saya rasa lagu Biarlah Apa Orang Kata ini dinyanyikan separuh tetapi terlalu sedikit, saya rasa macam penghinaan lah. 

"Kalau saya tahu benda ini macam ini, tak payah nyanyi langsung lagi bagus. 

"Jangan layan saya macam budak sekolah, saya bayar berjuta-juta kot? Kalau saya tahu jadi (begini) tadi, saya tak akan pergi Gegar Vaganza 5 dan tak payah nyanyi lagi bagus. 
"Saya mohon maaf kat Dato Seri Vida, Dato Sri Salmah Ismail, Zoey Rahman dan Kakgirl yang datang dari jauh tapi berlaku perkara yang saya tak rancang dan tak tahu apa motif mereka nak aibkan saya. Saya rasa macam mereka buat saya macam budak sekolah. 

"Kalau mana yang nak tengok full song Biar Apa Orang Kata, lagu ciptaan Edry Abd Halim ini dah release di YouTube baru saja tadi di TV Terlajak Laris yang saya buat khas untuk mereka yakin diri dan happy walaupun sebenarnya saya tak happy," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di Instagram. 

Sementara itu, Pengurus Saluran Astro Ria, Emarina Mohd Kamal berkata, tiada sebarang isu yang timbul membabitkan kedua-dua pihak kerana semuanya sudah dinyatakan secara jelas dalam perbincangan. 

Bagaimanapun, Emarina enggan mengulas lanjut punca Aliff memuat kenyataan itu kerana mahu mendengar terlebih dahulu kenyataan media yang bakal dibuat oleh Aliff Syukri. 

"Sebenarnya kita dah bincang dengan Datuk Aliff yang dia boleh menyanyi, semuanya dah dinyatakan dengan jelas. Bagi kami semuanya dah selesai, apa dia minta kita dah penuhi seperti telah dijanjikan cuma mungkin ada salah faham. 

"Apa yang menyebabkan dia tak puas hati, kita tak boleh nak komen lagi kerana kita perlu dengar dulu kenyataannya dalam sidang media yang akan Datuk Aliff buat nanti," katanya.