'Kau ingat level soalan SPM sekarang sama dengan level soalan zaman kau dulu?' - kata pelajar tetapi lelaki ini pula kata sebaliknya...

Loading...

Laman troll yang menyerupai sebuah portal berita online baru-baru ini memuat naik tweet berikut: 

"#SPM2018 Budak-budak SPM pandai dan lantang bersuara di laman sosial tetapi hakikatnya mereka bodoh di dunia sebenar. Berita selanjutnya di... 7.45." 


Tweet itu bagaimanapun mengundang rasa tidak puas hati seorang pelajar SPM yang berang dan mendakwa pengendali Twitter troll itu tidak memahami bahawa peringkat soalan SPM tahun ini tidak sama dengan zaman SPM yang lalu. 

"Jawablah, tengok bodoh tak bodoh. Kat sekolah belajar lain, kat SPM keluar lain. Suka hati nak cakap orang bodoh.

"Kau ingat level soalan SPM sekarang sama ke dengan level soalan SPM zaman kau dulu? Aku bengang ah ni nak cakap orang bodoh suka hati," remaja perempuan berkenaan. 


Tweet itu juga mendapat perhatian dari Asfan (@arcx13) yang berpandangan bahawa golongan pelajar hari ini lebih banyak menghabiskan masa di media sosial berbanding memanfaatkan waktu untuk mengulangkaji pelajaran. 

"Tiap-tiap tahun mesti ada spesis macam ini keluar. "Soalan SPM kitorang bukan macam zaman korang". No, kids. It's because you're spending more time on social media than you should. 

"Every damn year, guys. 
  • 3 bulan sebelum SPM: Tak fokus study
  • 3 minggu sebelum SPM: Masih 24 jam di laman sosial
  • 3 hari sebelum SPM: 'Study' di Mekdi
  • Selepas paper maths: "Soalan tahun ini bukan macam zaman korang la but*!"


"Dan tiap tahun aku tweet benda sama sebab aku jaga exam. Masa budak jawab, aku jawab sekali dengan soalan lebihan (Kalau ada dan boleh diconteng). Kalau fokus dan dedikasi, InsyaAllah boleh jawab. Tapi prioriti ramai anak muda (di laman sosial) sekarang tak betul. 

"Untuk tingkatan 4 sekarang, dengar nasihat orang yang terdahulu. Zaman kami, cuti hujung tahun form 4 pun dah berpeluh-peluh gementar nak hadapi SPM tahun berikutnya. Time cuti buat latihan. Usaha guru dan murid mesti membuahkan hasil," tulisnya. 

Apabila ditanya apa kaitannya dengan media sosial, Asfan berkata, remaja kini lebih gemar menghabiskan banyak masa mereka di media sosial berbanding buku. 

"Generasi SPM sebelum ini tidur pun dengan buku, bukan busy fikir nak buat video bakar buku dan sebarkan di laman sosial," tulisnya. 

BERITA BERKAITAN: