MBO kecil mesra kanak-kanak, siap ada mini playground dan boleh tidurkan anak

Loading...

Menonton wayang antara aktiviti yang pasti sukar ditinggalkan tidak kira ketika masih bujang atau sudah berumah tangga. Apabila setiap pasangan sudah mempunyai anak, kadangkala segala aktiviti yang biasa dilakukan bersama sebelum ini agak terbatas. Segala aktiviti yang ingin diaturkan pastinya memikirkan keselesaan dan keselamatan anak-anak. Apatah lagi baru-baru ini tular mengatakan kanak-kanak tidak sesuai dibawa ke panggung wayang.

Tetapi, melalui perkongsian oleh wanita ini, ibu bapa mampu menonton wayang bersama anak-anak  dengan selesa. Apa yang menarik, panggung wayang seperti MBO Starling Mall ini merupakan panggung yang mesra kanak-kanak. Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan untuk keselesaan penonton. Kini tidak risau lagi untuk membawa anak-anak menonton wayang.


UNTUK ibu bapa yang nak tengok wayang, tapi tak ada orang nak jaga anak, boleh pergi tengok wayang dekat MBO Starling Mall, Damansara Utama. Masa nak beli tiket tu pilih wayang jenis KECIL. Beli online pun boleh.

MBO KECIL ni bukan macam wayang biasa tau, dia mesra kanak-kanak dan yang pasti penonton lain yang tengok wayang dalam hall KECIL ni tak boleh jeling anak kita kalau dia menangis atau main lari-lari dengan riang gembira.



Ada 3 jenis seat:
  1. First, Sofa Bed, bahagian atas sekali. Kami pilih seat ni sebab boleh baringkan anak tidur. Lagi-lagi kalau pilih waktu tayangan malam, eloklah pilih seat ni.
  2. Second, Normal Seat, bahagian tengah. Macam kerusi panggung wayang biasa.
  3. Third, Beanie Seat, bahagian paling depan. Sesuai untuk budak-budak baring-baring.

Beza wayang MBO KECIL ini dari wayang lain adalah:
  • Lampu dewan wayang lebih cerah, boleh pantau anak-anak dengan senang
  • Suara audio lebih perlahan tak membingitkan telinga
  • Playground mini untuk anak-anak bermain di lantai paling bawah, betul-betul bawah skrin
  • Bilik penukaran lampin (baby changing room) disediakan depan pintu masuk dewan wayang


Siapa yang tak duduk Selangor, jangan risau okay, sebab negeri Johor, Perak dan Kuantan pun ada. Hall jenis KECIL ni ada dekat 4 cawangan MBO Cinemas.
  1. MBO Cinemas Square One Batu Pahat
  2. MBO Cinemas Falim Ipoh
  3. MBO Cinemas Kuantan City Mall
  4. MBO Cinemas the Starling, Damansara Utama

Sekarang dekat MBO KECIL Starling Mall tengah tayang cerita Fantastic Beast dengan The Grinch. Bolehlah cepat-cepat book tiket kalau nak try.

UPDATE
  1. Harga tiket untuk seat sofa bed 2 dewasa, popcorn 1 dan air 2 hari tu RM49.80
  2. Movie yang ditayangkan terhad, sebab nak sesuaikan dengan kanak-kanak. Hanya kids friendly movie macam kartun-kartun je ditayangkan dalam MBO KECIL
  3. Orang dewasa yang bawa anak kecil je boleh beli tiket wayang ni. Yang tak bawa anak tu boleh pilih tayangan jenis dewan biasa ye. Berikan peluang untuk orang yang berhak.

MBO Cinema
5th Floor
The Starling Mall
6, Jalan ss21/37, Damansara Uptown,
47400 Petaling Jaya, Selangor Malaysia.

Sumber: Izzati Yun