Pesakit dirogol 8 jam ketika sedang menjalani pembedahan di hospital

Loading...

Seorang wanita Pakistan mendakwa telah dirogol selama beberapa jam ketika menjalani pembedahan haemorrhoids di salah sebuah hospital di negara itu, lapor Daily Mail.

Mangsa berusia 35 tahun dimasukkan ke Hospital Perkhidmatan di Lahore pada Jumaat lalu untuk menjalani pembedahan tersebut dan dibenarkan pulang pada petang hari yang sama. 

Namun sebaik saja sedar dari pembedahan itu, wanita itu mendakwa dia telah diserang secara seksual dan melaporkan perkara itu kepada pihak polis. 

Dalam laporan itu, mangsa mendakwa dia telah dirogol selama tempoh lapan jam pembedahan. 

"Saya dimasukkan ke hospital untuk pembedahan pada 24 November. Apabila saya tersedar selepas pembedahan itu, baru saya menyedari saya telah 'diserang' ketika pembedahan. 

"Pembedahan berlangsung selama lapan jam tetapi mereka benarkan saya keluar dari hospital pada hari yang sama," kata mangsa yang juga mengaku sakit di bahagian kemaluannya. 

Mangsa kemudian dibawa oleh kakaknya ke Hospital Sheikh Zayed dan doktor mengesahkan mangsa telah dirogol. 

Menteri Kesihatan Dr Yasmin Rashid mengarahkan siasatan terhadap kejadian rogol itu. Sampel DNA juga diambil dari mangsa dan siasatan sedang dijalankan.