'Saya cuba login, invalid password, berderau jantung dan darah saya' - Akaun bank nyaris digodam scammer

Loading...

Pelbagai taktik penjenayah untuk mendapatkan wang dan dalam kejadian baru-baru ini, seorang lelaki nyaris kehilangan wang dalam akaun banknya apabila ada individu yang dipercayai cuba menggodam akaun banknya. 

Menurut Prince Kamal, beliau mendapat banyak sms mengirimkan nombor tac untuk mengesahkan transaksi dari akaun banknya. Namun penjenayah siber ini cuba memperdayakan beliau kononnya pihak bank tersilap menghantar nombor tac. 

Berhati-hati semua, jangan sesekali menyerahkan nombor tac kepada orang yang tidak dikenali. Jika terdapat sebarang mesej yang meragukan berkaitan dengan akaun bank anda, sila hubungi pihak bank dan terus batalkan penggunaan akaun bank anda secara online untuk tujuan keselamatan. 

BALIK kerja tadi, saya dapat dua sms dari nombor 68833, CIMB Bank. Dia bagi saya tac number atas nama orang lelaki Indonesia. 

Selepas itu ada orang call saya guna WhatsApp berkali-kali, menggunakan gambar keluarga tak tahu gambar siapa yang dia rembat. Saya jawab panggilan, kedengaran suara lelaki Indonesia yang beria-ria memina saya berikan nombor tac yang saya dapat dari sms tadi.


Menurut lelak itu, pihak CIMB tersalah beri nombor telefon. Saya tak layan dan saya terus sekat nombor dan WhatsApp dari dia. Saya terus menghubungi CIMB dan pihak CIMB kata individu itu adalah hackers serta meminta saya memeriksa baki wang dalam akaun bank. 

Saya login akaun CIMB dan periksa baki, okey, bakinya betul. 

Selepas itu, lelaki yang sama cuba menghubungi saya menggunakan nombor lain dengan gambar orang lain pula. Dalam masa yang sama saya menerima lambakan SMS dari nombor 68833 yang ada nombor tac permohohan macam-macam urusniaga CIMB termasuk mastercard. 


Saya terus block lagi WhatsApp dan nombor lelaki itu. Sekali lagi saya menghubungi CIMB dan mereka meminta saya menukar kata laluan. Saya cuba login akaun CIMB, tetapi tidak dapat dan katanya invalid password. Berderau jantung dan darah saya. 

Dalam masa yang sama, dapat lagi sms dari nombor 68833 dengan nombor tac. Saya menghubungi CIMB dan meminta mereka batalkan terus CIMB Clicks saya dan tanya berapa baki duit saya dalam akaun bank. Alhamdulillah betul dan saya pergi ke bank untuk menyemak baki, Alhamdulillah betul. 



Jadi, berhati-hatilah semua. CIMB beritahu kalau dapat panggilan atau sms yang beri nombor tac, terus tukar password CIMB Clicks. 

Sejam kemudian, CIMB menghubungi saya dan mengesahkan ada dua lagi transaksi yang cuba dibuat masih pending walaupun CIMB Clicks saya telah dibatalkan. Pihak CIMB meminta saya menukar password CIMB sebab semasa proses register CIMB Clicks, kita masukkan password ATM. 

Ini kejadian benar yang baru saja menimpa saya. 

Sumber: Prince Kamal