'Saya dah warning sebelum ini,' - Syamsul Yusof bersyukur, individu sebar filem Munafik 2 di media sosial didenda RM100K

Loading...

"Saya dah warning sebelum ini jangan sebarkan klip atau full movie Munafik 2 di media sosial, tetapi degil. Akhirnya mahkamah jatuhkan hukuman pada seorang pesalah untuk membayar ganti rugi RM100,000 kepada pihak Skop Productions," demikian tulis Syamsul Yusof di Instagramnya baru sebentar tadi. 

"Yang Arif Pesuruhjaya Kehakiman Tuan Asmadi Bin Hussin, plaintif-plaintif serta defendan telah merekodkan perintah-perintah dan hendaklah membayar sebanyak RM100,000 kepada Skop Productions dan dihalang daripada melanggar hakcipta untuk filem Munafik 2, memuat naik filem Munafik 2 dalam apa-apa bentuk di dalam media sosial dan platform lain tanpa keizinan." 

Menurut Pengarah filem Munafik itu, lebih ramai lagi individu yang akan dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan yang sama iaitu menyebarkan filemnya di media sosial. 
Dalam pada masa yang sama, Syamsul menyeru pihak Finas dan kerajaan mengambil tindakan yang lebih tegas dalam usaha menangani masalah cetak rompak sama ada di tepi jalan atau di media sosial. 

"Wahai Finas, wahai kerajaan baru, tolonglah buka mata isu cetak rompak filem tempatan yang tak ada kesudahan ini. Sama ada cetak rompak tepi jalan atau pun media sosial. Kita perlukan undang-undang baru yang lebih ketat. Please wake up," katanya.

Oktober lalu, Syamsul Yusof telah memfailkan saman terhadap Muhammad Izwan Shah Kamal Shah, 30, yang atas dakwaan melanggar hakcipta filem terbitan Skop Productions. 

Difahamkan, pihak Syamsul telah memberi amaran kepada Muhammad Izwan tetapi tidak diendahkan malah mencabar pihaknya untuk mengambil tindakan. 

Bagaimanapun, lelaki itu menegaskan dia tidak bersalah kerana dia hanya sekadar berkongsikan link untuk memuat turun video filem tersebut, bukannya memuat naik video itu di media sosial. 

BERITA BERKAITAN: