(Video) 'Kau yang salah, kau tumbuk orang lain pulak?'

Loading...

Viral di media sosial video kemalangan di lorong motosikal di plaza tol Lebuhraya AKLEH sehingga mencetuskan pergaduhan. 

Dalam kejadian jam 10 malam 28 Oktober, seorang penunggang motosikal dilanggar dari belakang oleh penunggang lain yang gagal memperlahankan motosikalnya ketika melalui lorong tersebut. 

Menurut My Crime Watch, empat penunggang motosikal terlibat dalam kejadian itu. Namun penunggang motosikal keempat mendakwa kemalangan itu berpunca dari penunggang motosikal pertama. 

"Ada empat penunggang motosikal. Motor keempat melanggar motor ketiga. Kemudian motor keempat itu memukul motor pertama (berbaju pink) atas alasan tunggang motor terlalu perlahan sehingga menyebabkan kemalangan," tulisnya. 



Berdasarkan video, penunggang motor keempat menunggang terlalu laju dan gagal berhenti lalu melanggar penunggang ketiga, yang kemudian terus menumbuk penunggang pertama beberapa kali di bahagian muka. 

Pergaduhan itu bagaimanapun berjaya dileraikan oleh penunggang motosikal lain yang turut berhenti di lokasi kejadian. 

Sementara itu di media sosial, netizen menyelar sikap penunggang motosikal keempat yang sengaja menjadikan mangsa sebagai kambing hitam bagi mengelakkan dirinya dipersalahkan. 

"Sebenarnya yang pukul itu dah tahu dia bersalah. Tapi disebabkan dah gabra, so acah-acah gengster pukul orang lain pula sebab tak nak nampak bersalah atau mengaku salah. Dia tengah cuak, pastu salahkan orang lain," - @Possibilities80. 

"Dah tahu hujan, jalan licin, kenapa tunggang laju? Beberapa kilometer sebelum masuk ke area tol, bukan ke kena perlahankan kenderaan? Manusia bodoh," - @adrujaMK. 

"Suka hati pukul orang. Apa bangang sangat sampai nak pukul orang? Hujan kot? Mestilah bawa slow. Aku tak fahamlah jenis rider time hujan nak bawa motosikal macam Valentino Rossi. Bila dah jadi begini, salahkan orang lain sebab tunggang perlahan," - @syhsyid