(Video) Nyaris digilis kereta kerana terlalu leka dengan telefon bimbit

Loading...

Seorang wanita di China yang terlalu leka dengan telefon bimbitnya nyaris digilis kenderaan di sebelah kirinya, lapor Asia One

Dalam kejadian yang berlaku pada 11 November lalu di Hangzhou, video rakaman kamera litar tertutup menunjukkan mangsa bercangkung di depan kenderaan itu dan dalam masa yang sama pemandunya baru saja masuk ke dalam kereta.

Beberapa saat kemudian, kenderaan itu mula bergerak dan melanggar wanita itu yang terkejut tetapi sudah lambat untuk bertindak menyebabkan dia terperosok di bawah kenderaan itu. 

Mujur ada orang awam berhampiran berjaya menghalang pemandu SUV itu dari terus bergerak dan segera menyelamatkan mangsa yang kemudian dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan. 


Berdasarkan video tersebut, kenderaan itu didakwa diletakkan di ruang pejalan kaki, jelas sekali menunjukkan pemandunya melakukan satu kesalahan. 

Bagaimanapun, orang ramai dinasihatkan agar tidak berdiri atau bercangkung berdekatan dengan kereta kerana bimbang pemandunya tidak dapat melihat orang awam yang berada berhampiran.