(Video) 'Tidur laa.. main apa lagi' - Suara hantu muncul dalam video live IG

Loading...

Viral di media sosial semalam, seorang pengguna Instagram mendakwa ada suara makhluk halus menegurnya agar berhenti bermain gitar di asramanya. 

Menurut Firdaus Razak, dia pada awalnya tidak mengetahui perkara itu sehinggalah dia memeriksa semula rakaman video tersebut. 

"Aku sedar benda ni pun lepas aku check balik video live tadi. 

"Guys! Dalam rakaman video in iada suara budak kecil suruh aku tidur. Kalau nak tahu, area aku dah tak ada orang. Semua balik cuti mid sem. 



"Ini blok lelaki yang dihuni dari umur 20-an, mustahil akan ada budak," katanya. 

Bagi membuktikan perkara itu, Firdaus turut merakam video di aras bloknya yang berada dalam keadaan gelap. 

"Okey, aku dah cakap dah. Blok aku, aras aku semua kosong. Korang tak percaya kan? Itu toilet memang berlampu. Kau tengok semua bilik gelap. Tadi aku pun check gak. Shit!" katanya. 



Sementara itu, netizen memberikan pelbagai reaksi mengenai video itu. Ada yang percaya, rasa seram dan tidak kurang juga yang mendakwa video itu palsu. 

"Kalau perasan sebelum bunyi itu keluar, tangan bro itu beralih dari gitar macam capai sesuatu. After that bunyi tu keluar. So aku rasa dia play video suara budak tu. Acah-acah je macam kena kacau toh ampa. Im done!" kata @Salsabilaaaa88


Percaya atau tidak?