3 maut, 26 cedera dalam letupan di City One Mega Mall

Loading...

3 maut, 26 lagi mangsa cedera dalam letupan tong gas di sebuah restoran makanan segera di pusat beli-belah City One Mega Mall, Kuching, hari ini. 

Dalam kejadian jam 3.30 peteang tadi, letupan itu berlaku di dalam kedai yang sedang diubai suai, turut menyebabkan beberapa buah premis perniagaan berhampiran mengalami kerosakan teruk. 

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Khirudin Drahman berkata, 26 mangsa cedera dan empat mangsa daripada jumlah itu cedera parah dan kesemua mangsa dikejarkan ke hospital umum untuk mendapatkan rawatan. 

Dua mangsa yang maut merupakan pekerja restoran, manakala seorang lagi mangsa merupakan pekerja pembinaan yang terbabit dalam kerja pengubahsuaian restoran tersebut. 

"Pasukan kami menerima panggilan kecemasan pada jam 3.37 petang sebelum sepasukan lebih 30 anggota termasuk HAZMAT dan EMRS dikejarkan ke lokasi. 

"Daripada tiga lelaki yang maut itu, dua adalah penduduk tempatan manakala seorang lagi berasal dari Pulau Pinang," katanya. 

"Difahamkan, restoran berkenaan akan dibuka secara rasmi esok dan hari ini pekerja restoran berkenaan serta pekerja kontrak sedang sibuk membuat persiapan akhir. 

"Sebahagian daripada mangsa adalah pengunjung kompleks berkenaan yang kebetulan melalui restoran berkenaan ketika letupan berlaku. 











Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ng Ah Lek berkata, tiada unsur khianat dalam kejadian tersebut dan kejadian itu berlaku berikutan kebocoran di saluran gas. 

"Pada masa sama, percikan api daripada kerja-kerja pengubahsuaian yang sedang dijalankan mencetuskan letupan itu. 

"Kes diklasifikasikan sebagai kemalangan di tempat kerja," katanya. 

Sumber: Harian Metro