Betis terkoyak akibat kecuaian ketika bercukur

Loading...

Viral di media sosial gambar kecederaan parah di bahagian kaki seorang wanita akibat kecuaiannya sendiri. 

Menurut individu yang memuat naik gambar berkenaan, Abi Williams, menasihatkan orang ramai tidak memijak tempat letak sabun di bilik mandi ketika bercukur. 

Ini kerana berlakunya kemalangan yang tidak diingini di mana tempat letak sabun itu pecah kerana tidak mampu menanggung berat pijakan kaki mangsa. 

Akibatnya, betis kaki kanan mangsa tertoreh dan mengakibatkan luka yang dalam serta pendarahan teruk. 


Mangsa dikejarkan ke hospital dan terpaksa menerima 18 jahitan di betisnya itu. 

Orang ramai dinasihatkan sentiasa berhati-hati dan tidak mengulangi kejadian seumpama itu yang sepatutnya dapat dielakkan.