Budak 5 tahun diliwat anak pengasuh

Loading...

Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun 11 tahun diliwat oleh anak pengasuh dalam kejadian di Taman Rembia Setia, Alor Gajah, Khamis lalu, lapor Harian Metro

Ibu mangsa hanya mengetahui kejadian itu selepas mangsa memaklumkan suspek melakukan perbuatan terkutuk itu, selepas mengambilnya pulang dari rumah pengasuh pada jam 3.30 petang, hari kejadian. 

Difahamkan, mangsa telah dijaga oleh pengasuh berkenaan sejak berusia tujuh bulan. 

Ekoran kejadian itu, ibu mangsa membuat laporan polis dan bertindak di atas laporan itu, polis telah menahan remaja berusia 15 tahun terbabit dan direman selama seminggu untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun penjara dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Siasatan awal polis mendapati, kejadian itu berlaku di bilik dan tandas di mana mangsa disuruh berdiri menghadap dinding oleh suspek.