'Cepat betul membawang sesuatu yang tak pasti, sian anak-anak I' - Nora Danish kesal diaibkan netizen

Loading...

Semalam, di kala orang ramai sedang sibuk memberi fokus kepada perlawanan final Malaysia menentang Vietnam, AFF Suzuki Cup 2018, tersebar pula gambar tanpa seurat benang seorang wanita yang dipercayai milik seorang pelakon tempatan.

Menurut sumber dari forum 'Cari', dekmieDany, mendakwa gambar itu pada awalnya tersebar di Twitter. 

Gambar viral itu menimbulkan pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya tertanya apakah benar itu gambar pelakon berkenaan? 


Menyedari ramai netizen yang mula meninggalkan komen berbentuk pertanyaan di Instagramnya, Nora Danish tampil mengeluarkan kenyataan berikut di Instastorynya sebentar tadi: 

"Now what?? Gambar naked pulak... How can people nowadays cepat betul membawang something that is not even so sure or even true. Sigh!

"Sian anak-anak I. Hope they are strong to handle all these people yang suka menjatuhkan dan mengaibkan orang," tulisnya. 


Sumber: Cari, IG Nora Danish